Você está na página 1de 15

RANCANGAN PERNIAGAAN

NURUL UMMI
FATIHAH BT NADHIRAH
AZHAR BT ZULKIPLI
A146956 A146685
DREAM
PENGENALAN
Cupcakes Dream-perniagaan makanan iaitu kek cawan
(Cupcakes Dream)-Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Kampus Bangi.
Perniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM,
43600 Bangi, Selangor.
pelajar menyukai konsep kek yang diperbaharui dengan saiz
yang kecil dan pelbagai corak untuk di makan,malah kek ini
dapat menghilangkan tekanan untuk sekian hari.
Oleh kerana faktor masa yang singkat, mereka hanya
mengambil makanan ringan Cupcakes yang dibuat dengan
penuh kasih saying dan cinta akan satu jenis seni kek-kami
cuba mengolah rasa Cupcakes yang lain setiap hari dengan
kelainan corak setiap hari.
CONTOH-CONTOH CUPCAKE
OBJEKTIF RANCANGAN PERNIAGAAN
penerangan yang menyeluruh tentang perniagaan yang akan diceburi.
untuk membentangkan perancangan perniagaan yang meliputi aspek pengurusan,
pemasaran, pembekal, perkhidmatan, dan kewangan perniagaan.
Antara lain Rancangan Perniagaan ini dibuat adalah untuk tujuan berikut:
Melihat daya maju projek yang dirancang.
Sebagai garis panduan untuk memastikan pengurusan perniagaan dapat dilaksanakan dengan
lancar.
Mengagih sumber-sumber perniagaan dengan cekap dan efektif.
Menjangkakan masalah-masalah yang mungkin timbul apabila perniagaan dilaksanakan.
Mendapatkan dana dari mana-mana perbadanan untuk membangunkan perniagaan.

SKOP PERNIAGAAN
Aktiviti Perniagaan
Akiviti utama yang dijalankan oleh perniagaan ini ialah menjual Cupcakes Dream di sekitar
kawasan UKM. Perniagaan dilaksanakan dengan cara menerima tempahan setiap hari dan
juga perniagaan secara lansung.

Produk Dan Perkhidmatan


Menyediakan makanan ataupun Cupcakes Dream mengikut tempahan pelanggan dan akan
dimasak berlainan perisa dan corak di kedai untuk melahirkan rasa ingin tahu oleh pelanggan
apakah perisa dan corak yang bakal dijual hari demi hari.
Potensi Perniagaan
hanya perlu membuat tempahan dua hari sebelum majlis atau datang ke kedai untuk mencuba kejutan
Cupcakes hari demi hari.
perniagaan ini akan cuba menghasilkan kualiti yang terbaik kepada pelanggan dengan memberi
penekanan kepada ciri-ciri tersebut supaya pelanggan berpuas hati dan seterusnya akan menjadi
pelanggan tetap
perniagaan ini akan mendapat tempat di hati pelanggan kerana kualiti yang dipersembahkan sentiasa
dipastikan pada tahap yang paling tinggi.
Lokasi yang strategik, memudahkan warga UKM menikmati hidangan makanan segera yang ringkas
dan menarik tetapi mengenyangkan.

ASPEK PENGURUSAN
Struktur Organisasi
Struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan adalah merangkumi keseluruhan aspek pengurusan
sebagai sebuah entiti perniagaan. Secara keseluruhannya, organisasi adalah seperti berikut :
CARTA ORGANISASI

PENGURUSAN

PENTADBIRAN& OPERASI&PERKHID
KEWANGAN MATAN
Fungsi Dan Tanggungjawab
Pengurus/Pemilik
Bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi perniagaan.
Mencari pesanan dan mempromosikan perniagaan.
Membayar gaji pekerja.
Merancang dan melaksanakan aktiviti operasi daripada perancangan belian bahan
sehingga hidangan siap dimasak.
Menentukan keperluan sumber manusia mencukupi.
Memastikan pelanggan dilayan dengan baik.
Merancang kemajuan perkhidmatan kearah kecemerlangan.
Pentadbiran & Kewangan
Memastikan pengaliran wang dalam perniagaan terkawal dan berjalan lancar.
Menyediakan laporan kewangan tahunan.
Mengira untung rugi perniagaan.
Operasi & Perkhidmatan
Bertanggungjawab dalam segala hal tentang masakan yang hendak disajikan
kepada pelanggan.
Memastikan kualiti Cupcakes dengan mengekalkan rasa dan kebersihan setaraf
citarasa pelanggan.
Bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas am.
Menguruskan hal pengurusan operasi.
Strategi Pengurusan
Menerapkan semangat kerja berpasukan diantara pekerja untuk faedah bersama.
Semua pihak sentiasa berbincang dan member pendapat serta cadangan tentang cara terbaik untuk
menghasilkan kerja yang cekap dan sistematik.
Menyediakan perkhidmatan Cupcakes yang bermutu bersih dan sedap.
Menentukan mutu Cupcakes dijaga dan pelanggan mendapat servis yang baik.
Setiap pekerja akan didedahkan dengan teknik baru dengan mengikuti kursus yang berkaitan
dengan bidang tugas masing-masing.
Mengadakan promosi dengan pelbagai cara termasuklah melalui media massa sebagai alat untuk
memberitahu orang ramai mengenai produk kami.

ASPEK TEKNIKAL / PERKHIDMATAN


Lokasi Premis
Pada peringkat awal-menggunakan Tingkat 7 Pusanika , UKM. Premis ini terletak di kedudukan
bersebelahan dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL).
Kedudukan-tumpuan pelajar serta kakitangan universiti-perniagaan kami dapat memberikan
perkhidmatan yang selesa kepada pelanggan.

Kemudahan Asas
Premis perniagaan memiliki kemudahan seperti bekalan air, elektrik dan kemudahan-kemudahan
yang lain.

Pengangkutan
Pelajar UKM menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh pihak universiti sebagai
pengangkutan utama mereka. Hanya sebahagian kecil sahaja yang menggunakan kenderaan
persendirian seperti kereta dan motosikal. Namun begitu, kakitangan-kakitangan UKM mempunyai
kenderaan persendirian mereka dalam menjalankan aktiviti harian mereka.
BAHAN MENTAH

PERKARA HARI TEMPAT

Pasaraya Setiap hari Seksyen 14, Bandar Baru Bangi

Pembekal Barangan Kek Jumaat Jalan Raja Laut , Kuala Lumpur

HARGA TETAP DAN KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN

Bil. Jenis Harga Unit (RM) Kuantiti Nilai (RM)

1. Tong Gas 60.00 1 60.00

Ketuhar 1500 1 1500


2.

3. Dapur Gas 65.00 1 65.00

4. Peti sejuk 1,400.00 1 1,400.00

Loyang Kek 25.00 4 100.00


5.
Cawan

6. Pinggan makan 2.00 50 100.00

7. Sudu garfu 15.00 10 150.00

Bekas-bekas 4.00 10 40.00


8.
plastik
Jumlah 3315.00
PEMBELIAN BAHAN MENTAH (30UNIT)

HARGA (KG / UNIT) JUMLAH (RM)


(RM)
BIL. BAHAN-BAHAN KUANTITI

1 Telur 4 0.30 1.20

2 Susu 50ml 4.00 0.20

3 Tepung 280g 3.70 1.063

5 Gula Kastor 180g 3.50 0.63

6 Esen vanilla 1tbs 0.05

7 Krim Topping 1 7.10 7.10

8 Coklat 1 7.20 7.20

9 Chocolate Rice 1 2.50 2.50

10 Kertas Kek Cawan 1paket(30) 5.00 5.00

11 Strawberi 10 0.60 6.00

12 Blueberry 15 0.40 6.00

13 Mangga 1 2.00 2.00

14 Lemon 1 0.80 0.80

15 Pewarna 1 2.00 2.00

16 Beg Plastik 1pkt 3.00 3.00

41.943
JUMLAH
PERBELANJAAN OPERASI

Perkara Perbelanjaan Aset Tetap (RM) Perbelanjaan Bulanan (RM) Lain-lain Perbelanjaan (RM)

Aset Tetap
Kelengkapan Perniagaan 2965
Perbelanjaan Bulanan (41.94x3)30
Bahan Mentah =3774.60
Gaji Pekerja 600

Lain-lain Belanja
Minyak kenderaan 300

JUMLAH 2,965 4,374.60 300

SENARAI PEMBEKAL BAHAN MENTAH


Bil. Nama Pembekal Alamat Jenis Bekalan Cara Bayaran

1. Econsave Bangi Jalan Reko Barang Tunai


runcit
Buah -
Buahan
Bahan
basah
2. Cake Connection Jalan Raja Laut Barang Kek Tunai
Susun Atur Ruang Memasak
Susun atur ruang memasak telah direka bentuk dengan menarik bagi membolehkan dan menyenangkan
pergerakan ketika melakukan tugas-tugas memasak. Alatan diatur dengan kemas bagi memberikan
keselesaan kepada pekerja semasa menjalankan kerja-kerja persiapan makanan.

Strategi Pemasaran
Menghasilkan kek cawan yang berkualiti, sedap dan mengikut tempahan pelanggan dan berlainan jenis
dan corak setiap hari.
Memastikan perkhidmatan yang cekap dan tempahan untuk penghantaran dapat disiapkan dengan
segera.
Mengutamakan kebersihan dan kesihatan pelanggan.
Layanan yang mesra pelanggan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Perniagaan ini bersedia menerima teguran bagi tujuan memperkeaskan lagi perniagaan dari masa ke
semasa.
Perniagaan ini akan mengadakan promosi dengan membuat sistem loyalty card di mana pelanggan
boleh mendapatkan 10% diskaun di dalam setiap pembelian kek cawan.
Iklan-iklan yang menarik akan dipamerkan di tempat-tempat yang strategik supaya menarik perhatian
pelanggan.
Memastikan kek cawan yang disediakan kepada pelanggan adalah halal.

PEMASARAN
Perkhidmatan Dan Harga Yang Ditawarkan
Memandangkan perniagaan ini hanya memfokuskan kepada satu produk sahaja iaitu Cupcakes Dream,
maka mudahlah bagi kami untuk menetapkan harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh pelajar dan
kakitangan UKM iaitu pada harga RM2.50 sahaja.
Kumpulan Sasaran
Perniagaan ini merancang mensasarkan produk kepada keseluruhan pelajar dan kakitangan
UKM. Keseluruhan permintaan terdiri dari kaum Melayu, namun tidak kurang juga
permintaan dari kaum Cina, India, dan lain-lain bangsa.

Kawasan Pasaran
Memandangkan perniagaan ini dijalankan dalam kawasan UKM, maka kami mensasarkan
pasaran di kawasan-kawasan sekitar UKM. Antara kawasan pasaran yang kami sasarkan ialah:
Kolej Keris Mas
Kolej Aminuddin Baki
Fakulti Pengajian Islam
Fakulti Pendidikan
Pusat Anika Kemudahan (PUSANIKA)
Canselori
Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL)

SAIZ PASARAN

Jumlah Pelajar UKM : 20,000 orang


Jumlah kakitangan UKM : 3,000 orang
Jumlah Pelajar UKM + Jumlah kakitangan UKM = 23,000 orang
Diandaikan 30% daripada jumlah pelajar dan kakitangan UKM akan membuat tempahan
Cupcakes Dream
Pesaing
Memandangkan Cupcakes Dream ini merupakan satu corak perniagaan dan strategi baru
yang dihasilkan, maka perniagaan kami tidak mempunyai persaingan dengan mana-mana
pihak. Hal ini kerana tidak ada lagi pengusaha kafetaria yang mengadakan konsep baru
sebegini. Oleh sebab itu, ianya memberi kelebihan kepada perniagaan kami untuk terus lebih
maju dan seterusnya mampu ke pasaran yang lebih meluas sehingga mampu menguasai
pasaran Malaysia.
Anggaran Jualan

Bulan Jualan (RM)


Januari 5,250.00
Februari 6,825.00
Mac 7,900.00
April 8,715.00
Mei 9,555.00
Jun 10,500.00
Julai 8,505.00

Ogos 8,505.00

September 10,290.00

Oktober 14,175.00

November 14,700.00

Disember 15,120.00

JUMLAH 120,040.00
Strategi Pemasaran
Pasaran yang baik dan sistematik adalah faktor yang amat penting untuk memajukan perniagaan bagi
mendapatkan pulangan modal dan keuntungan yang tinggi serta kestabilan yang berpanjangan dan berdaya
saing.

Strategi Perkhidmatan
Sentiasa menyediakan kek cawan yang enak, sedap, dan berkualiti dengan harga yang berpatutan.
Mengutamakan kebersihan dapur serta kawasan memasak bagi menghasilkan produk yang berkualiti.
Memastikan tempahan dapat disiapkan mengikut perjanjian masa yang ditetapkan oleh pelanggan.
Sentiasa menunjukkan imej yang baik ketika berurusan dengan pelanggan.

Strategi Promosi
Perniagaan ini akan menyediakan kad perniagaan dan risalah untuk diedarkan kepada penghuni kolej
kediaman kampus UKM Bangi, pejabat-pejabat pentadbiran, warga-warga fakulti, dan orang perseorangan
bagi mempromosikan perniagaan ini.

Strategi Harga
Perancangan yang rapi perlu dibuat bagi menarik hati pelanggan untuk melanggan dan terus setia dengan
perniagaan ini. Oleh sebab itu, faktor harga memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian para
pelanggan. Penetapan harga yang berbaloi serta mampu dibeli oleh pelanggan merupakan satu keutamaan
dalam perniagaan ini.

Strategi Lokasi
Perniagaan ini terletak di di tengah-tengah kampus Universiti Kebangsaan Malaysia yang mana dikelilingi oleh
beberapa kolej kediaman, Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL), dan beberapa buah fakulti pengajian. Lokasi
yang strategik memudahkan warga UKM menikmati hidangan kek cawan yang menarik dan juga
mengenyangkan.
Perhubungan Pelanggan
Memandangkan lokasi perniagaan ini terletak di tengah-tengah antara
kawasan-kawasan permintaan tadi maka tidak timbul masalah
perhubungan kerana kawasan sekitar perniagaan dan kawasan sekitarnya
dapat dihubungi dengan jalan raya yang ada untuk mendapatkan
perkhidmatan dan penghantaran. Tambahan lagi, dengan segala
kemudahan yang ada di UKM ini juga membantu dari segi pemasaran
perniagaan kami misalnya dengan adanya wifi percuma yang disediakan
oleh pihak universti.

PENUTUP
Dengan kesibukan tugasan harian, warga UKM terutamanya pelajar, masih
tidak lupa untuk mencari satu kek cawan yang menyelerakan. Kami
mengambil inisiatif untuk memenuhi kehendak mereka, di mana hidangan
yang disajikan kepada mereka merupakan satukek cawan yang mampu
menjanjikan keenakan rasa dan juga emosi yang gembira setiap masa..
Berdasarkan kepada kajian semasa, majoriti pelajar serta kakitngan UKM,
lebih cenderung untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran ke
lokasi mereka kerana mereka tidak ingin melengahkan masa mereka di
luar.
Diharap perniagaan ini akan terus berpeluang untuk turut sama-sama
menjadi sebahagian daripada usahawan yang berjaya di negara ini.

Você também pode gostar