Você está na página 1de 9

APAKAH IMPLIKASI GLOBALISASI

PENDIDIKAN KEPADA PARA


PENDIDIK?

PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS


IMPLIKASI NEGATIF
PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM PENGAJARAN SAINS
DAN MATEMATIK

 Ramai guru yang menghadapi masalah dalam


mendidik menggunakan bahasa inggeris kerana
tidak mahir menggunakan bahasa tersebut.
 Kebanyakan guru terutamanya guru-guru
disekolah rendah beranggapan bahawa
pelaksanaan PPSMI ini hanya menyebabkan
pelajar sukar untuk memahami mata pelajaran
sains dan matematik.
 “Kongres Pendidikan Melayu Ke-2 yang dianjurkan pada bulan
Mac 2005, secara lantang menyatakan bahawa kira-kira 5ratus
ribu orang pelajar Melayu akan keciciran di bawah dasar
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris akibat kegagalan menguasai bahasa Inggeris”
Dipetik dari (
http://www.scribd.com/doc/12777706/Pandangan-Dan-Cadang
an-Mengenai-Pelaksanaan-Ppsmi
)
 Para pendidik bimbang perkara diatas akan berlaku apabila

PPSMI dilaksanakan. Disamping itu, perkara ini juga akan


memberikan tekanan yang berlebihan terhadap guru-guru
kerana untuk mengajar Sains dan Matematik mereka harus
menguasai bahasa inggeris juga.
 “Jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran
Tahap I di SJK(C) meningkat daripada 45 waktu
(1350 minit) kepada 50 waktu (1500 minit)
seminggu, bahkan bilangan mata pelajaran juga
bertambah kerana bahasa Cina dan bahasa
Inggeris digunakan secara serentak untuk
mengajar Matematik dan Sains.” -  (KAJIAN GPGSCM
MENGENAI KESAN-KESAN PELAKSANAAN FORMULA "2-4-3”)
 Perkara ini telah mendatangkan impak yang sangat
besar kepada warga pendidik terutamanya guru-guru
cina di SJK(C).
 Guru- guru yang diaturkan untuk mengajar Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris berasa tertekan
kerana menghadapi masalah penguasaan bahasa
Inggeris
 Kementerian Pelajaran Malaysia enggan menambah
bilangan guru mengikut pertambahan waktu
pengajaran menyebabkan waktu pengajaran guru-
guru yang sedia ada terpaksa bertambah, dan
menjadikan masalah kekurangan guru di SJK(C)
semakin serius.
IMPLIKASI POSITIF
 Para pendidik berpeluang untuk mempelajari
bahasa baru iaitu bahasa Inggeris di mana ia
merupakan satu bahasa antarabangsa yang
digunakan hampir di seluruh dunia.
 Sekurang-kurangnya para pendidik dapat
menguasai dua bahasa ini dimana akan lebih
banyak membantu terutamanya ketika
mengendalikan alat-alatan seperti komputer
 Banyak pengetahuan baru juga diperolehi melalui
rangkaian internet dan kebanyakannya
menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa
pengantar
 Penggunaan bahasa Inggeris ini secara tidak
langsung membawa status pendidikan dinegara
kita ke tahap yang lebih tinggi
 Kualiti guru juga meningkat apabila guru-guru
di Malaysia dapat menguasai bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua
 Tidak mustahil pada masa akan datang guru-
guru di Malaysia akan mengajar di pelbagai
tempat diseluruh dunia apabila telah mencapai
pengetahuan di peringkat Global.

Você também pode gostar