Você está na página 1de 3

APLIKASI TEORI TRAIT DAN FACTOR

DALAM SESI KAUNSELING KERJAYA


Teori Trait dan Faktor cuba menerangkan
proses pemilihan kerjaya dengan berasaskan
teori perbezaan peribadi individu. Teori Trait
dan Faktor ini juga bersifat kognitif
dengan penggunannya dapat mempermudahkan
proses pemilihan kerjaya terutamanya maklumat
yang tepat tentang diri individu dapat diperolehi.
Teori ini berasaskan jangkaan terhadap
pemilihan kerjaya yang baik perlu melibatkan
tiga pekara iaitu kefahaman yang jelas
tentang diri, pengetahuan tentang pekerjaan-
pekerjaan dan taakulan yang tepat tentang
hubungan antara kedua-dua fakta tersebut.
Teori ini juga menegaskan bahawa tugas
utama dalam proses membuat pemilihan
kerjaya adalah untuk memadankan individu
dengan sesuatu pekerjaan. Dengan cara ini,
keperluan individu akan dipenuhi dan
pencapaian kerja yang memuaskan akan
terhasil.

Você também pode gostar