Você está na página 1de 7

INSTUISIONIS

• Perkataan ‘intuisi’ berasal daripada perkataan


Latin intueor yang bermakna ‘saya memandang tepat
kepada sesuatu’.
• Ia merupakan satu proses ‘melihat’ atau ‘memahami’
secara intelek.
• Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh
diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung.
• Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati.
• Dengan itu, tindakan seseorang individu yang berfikiran
intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di
dalam hatinya.
• Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu
atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

– Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada


kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta
kematangan fikiran lantaran faktor usia.

– Gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘kasanova’


lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau kerana
mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis
lelaki hidung belang.

– Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis,


mungkin akan berkata sedemikian mengenai markah yang
rendah diperoleh bagi kerja kursusnya, ‘Cis! Pensyarah itu
memang tidak suka pada saya, sebab itulah markah saya
rendah. Lain kali, saya tak akan bekerjasama dengannya.’
Rasionalis
Rasionalis berasal daripada
perkataan ‘ratio’ yang bermakna
‘reason’ atau sebab.

Manusia yang waras akan


menggunakan akal fikirannya Segala tingkah laku moral
untuk penaakulan, membuat
keputusan dengan bijak,
menyelesaikan masalah,
RASIONALIS seperti menghormati orang tua,
menyayangi alam sekitar dan
semangat patriotik perlukan
mereka cipta sesuatu yang asas pemikiran rasional yang
boleh dimanfaatkan manusia waras dan logik.
sejagat.

Beza antara manusia dan


binatang ialah akal.
Pengalaman-pengalaman yang
Ahli-ahli falsafah yang diperoleh melalui pancaindera
menekankan penaakulan atau kita seperti penglihatan,
pemikiran sebagai faktor utama pendengaranm sentuhan, bau
dalam pengetahuan sebagai dan rasa hanya merupakan
rasionalis. bahan-bahan mentah
pengetahuan.

Pengalaman-pengalaman yang Bagi golongan rasionalis,


diperoleh itu perlu disusun oleh pengetahuan itu diperoleh
pemikiran kita supaya daripada konsep-konsep,
membentuk satu sistem yang prinsip-prinsip dan hukum-
bermakna sebelum ia menjadi hukum, bukan daripada deria
pengetahuan. fizikal sahaja.
• Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau
masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

– Kalau Abu lebih berat daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada Seng Hui,
maka Abu adalah lebih berat daripada Seng Hui.

– Dua tambah dua bersamaan dengan empat.

– Jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180° atau dua sudut tepat.

– Siti, seorang guru pelatih, telah menyempurnakan kerja kursus alat pandang
dengar dengan baik tetapi markah yang diperolehnya adalah rendah. Siti, yang
menunjukkan aliran pemikiran rasionalis mungkin berkata, ‘Apakah sebab-
sebabnya tugasan saya kurang elok? Mungkinkah gambar-gambar yang saya
gunakan itu kurang jelas? Elok saya tanya pensyarah saya supaya saya tidak
mengulangi kesalahan-kesalahan itu pada masa yang datang.’

Você também pode gostar