Você está na página 1de 31

Bangsa, Bahasa dalam

Struktur
Bahasa
• Bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-
aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang
bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang
kompleks. Cole 1998

• Life is lived as a series of conversations Tannen


1990

• Bahasa bersifat dinamik- bersesuaian dengan


kelompok masayarakat dan peredaran masa
Melayu
• Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun
1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung
Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.

• Menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya


merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu
yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain,
bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek
moyang Melayu adalah orang Melayu.

• Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa


atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru
dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan
Melayu Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga
abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada
bangsa semakin digunakan secara meluas.
Cina
• Orang Cina Malaysia ialah yang menjadi warganegara
atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka
ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di
Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad
ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai
"orang Cina" dalam semua bahasa.

• Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti


yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang
berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab
agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang
Melayu beragama Islam. Di bawah undang-undang
Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak
bukan beragama Islam untuk memeluk agama
pasangannya. Kebanyakan orang Cina Malaysia
menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti
etnik, budaya dan politik.
India
• Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang
berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India
semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.

• Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak


2,000 tahun yang lalu. Kumpulan-kumpulan seperti
komuniti dan komuniti merupakan keturunan penghijrah
semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa
pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.

• Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum


terdiri terutamanya daripada orang lelaki yang
meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka.
Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka,
bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada
tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7%
daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).
STRUKTUR MASYARAKAT /
KELAS SOSIAL
• Sebuah masyarakat ialah sebuah rangkaian hubungan
antara orang-orang. Ia terdiri daripada segolongan
orang yang membentukkan sistem separuh tertutup
dan berkongsi kebudayaan, adat-adat, nilai-nilai,
undang-undang dan sebagainya. Kebanyakan interaksi
adalah di antara individu-individu dalam golongan.

• Sebuah masyarakat juga boleh merupakan sebuah


komuniti yang saling bergantung antara golongan-
golongan yang wujud bersama. Secara tidak rasmi,
makna "masyarakat" ialah "segolongan orang yang
besar dan yang tinggal bersama-sama di sebuah
komuniti yang teratur".
KEPERCAYAAN
• Bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu
perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke
atas sesuatu pekara itu akan disertai oleh perasaan
'pasti' atau kepastian terhadap pekara yang
berkenaan.

• Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah


bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan
sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude).

• Dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah


sebahagian daripada batu asas pembangunan moral.
Dalam konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai
Akidah ataupun Iman.
Agama
• Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada
Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti
Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan
kepercayaan tersebut.

• Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang


sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang
lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem
kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah
mengenai aspek ketuhanan.
• Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan
melalui fenomena seperti yang berikut:

1. Perlakuan
- seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan
upacara.
2. Sikap
- seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada
kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap
agama.
3. Pernyataan
- seperti jambi,mantera dan kalimat suci.
4. Benda-benda material
- yang zahir seperti bangunan. Contohnya masjid, gereja,
azimat dan tangkal
Animisme
• Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk
halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan
agama yang mula-mula muncul dikalangan manusia
primitif purba kala.

• Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap


benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok
atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti
dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu
manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh
jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka.
Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama,
antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu.
Semangat padi
• Kepercayaan semangat padi ini merupakan satu
kepercayaan kuno yang diwarisi dari zaman animisme,
kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat
yang mengawalnya.

• Kepercayaan ini terdapat meluas dikalangan kebudayaan


yang menanam padi secara turun temurun dan tidak
terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.

• Kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada


pendalaman akidah Islam dan juga perkembangan
teknologi. Pada masa kini, kepercayaan terhadap
semangat padi semakin pudar dan hanya diamalkan oleh
golongan tua sahaja.
Mentera
• Mentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra"
atau "manir" yang merujuk kepada kata-kata dalam kitab
suci penganut Hindu, Veda.

• Dalam masyarakat Melayu, mentera atau juga dikenali


sebagai jampi, serapah, atau seru merupakan sejenis
pengucapan yang berentak puisi yang mengandungi unsur
sihir dan bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal
sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan penuturnya.

• Mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-


biasa yang membolehkan pembacanya mengawal
seseorang atau alam semulajadi.
Adat resam
• Andersen and Taylor 2004;
Norms are the specific cultural expectations for how to
behave in a given situation.

• Marsh and Keating 1996;


Norms are the unwritten rules that influence people’s
behaviour.

• Resam
• Membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang tua
sebagai tanda hormat.
Nilai dan Kepercayaan
• Nilai dan kepercayaan saling berkaitan
• Kepercayaan memberi halatuju manusia
tentang kehidupan.
• Nilai merupakan prinsip-prinsip yang
menentukan apakah yang sesuai dan
bermoral dalam sesebuah masyarakat.
(tanggapan)
• betul atau salah
• cantik atau hodoh
• baik atau buruk
• Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi
norma masyarakat tersebut.
• Etnosentrik: menilai budaya masyarakat lain
berpandukan nilai, kepercayaan dan norma
sendiri.
• Relativisme: sesuatu budaya tidak boleh
dinilai secara arbitrari dengan menggunakan
nilai, kepercayaan dan norma sendiri.
• Xenosentrisme: anggapan bahawa budaya
masyarakat lain lebih baik daripada
masyarakat sendiri.
BANGSA
BANGSA
• Bermaksud kumpulan manusia yang sama asal usulnya
serta serupa sifat-sifatnya.
• Ia juga boleh ditakrifkan sebagai perkataan lain bagi
kaum.
• Terdapat beberapa bangsa atau kaum utama di
Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India
• KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK

• 1. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yg pernah menghadapi konflik


etnik.
• 2. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan
memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik
serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial.
• 3. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan
sosioekonomi sesebuah negara.
• 4. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dlm
sesebuah masyarakat.
• 5. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi di
sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan
tingkah laku ahli masyarakat.
• 6. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian di sesebuah
negara (kesan pengindustrian dan perubahan sosial).
• 7. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah
negara.
• - Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia tidak
bergantung semata-mata kpd keadaan berbaik-baik
antara pelbagai kumpulan etnik tetapi juga antara
kumpulan kelas sosial yg berbeza (pekerja/kelas
menengah/golongan yg kaya drp pelbagai kumpulan)

• - HE merupakan satu ciri penting yg mencorakkan


sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan
nasional di negara kita sukar diukur, namun
negara luar melihat Malaysia sbg negara yg
berjaya mewujudkan HE yg harmonis
• - Menurut Roucek & Warren (1979):
Masyarakat - sebagai “satu kumpulan
manusia” yang berhubung secara tetap
dan tersusun dalam menjalankan aktiviti
secara kolektif dan merasakan
bahawa mereka adalah hidup bersama.
Terdapat perhubungan terus menerus di
kalangan mereka yang masih hidup dan
kekal selama berabad- abad.
• - Satu kumpulan / kelompok manusia
yang hidup saling berorganisasi,
berbincang, bekerjasama dalam mengatur
kerja secara kolektif, mampu menyatukan
buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan
antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang
dinamakan sebagai kebudayaan.
•Ciri-ciri utama masyarakat:
•a) berkelompok;
•b) berbudaya;
•c) mengalami perubahan;
•d) berinteraksi (dalaman & dgn pihak luar)
•e) mempunyai kepimpinan; dan
•f) mempunyai aturan sosialnya (susun lapis,
kelas, status dan kasta)
•Konsep Etnik / Kaum
– Satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka
melalui nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinisikan sbg
sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg hampir seragam,
termasuk adat resam, pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi.
– Konsep ‘kelompok etnik’ digunakan untuk merujuk kepada
golongan yg berbeza dari segi kebudayaan.

•- Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat


resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan,
orientasi politik, kegiatan ekonomi, & hiburan.
•Konsep Suku
• - kelompok masyarakat yg membentuk rumpun bangsa
(cth: dalam rumpun Kadazandusun terdapat sub etnik seperti
Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang, dll)
PENGERTIAN BANGSA
•Konsep bangsa
•Apa yang difahamkan dengan bangsa = bangsa bermaksud
kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifat-
sifatnya; contohnya Melayu. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai
perkataan lain bagi kaum.
•Konsep Bangsa / Nasion
Mempunyai maksud yg lebih luas dan terbentuk berasaskan
gagasan ras atau etnik yg sedia ada
•Menurut John Stuart Mill : Bangsa - Rumpun manusia yg terikat
oleh rasa taksub bersama & lebih rela bekerjasama sesama
mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yg
lain. Lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan
wilayah, budaya, sejarah & agama.
•Bangsa Malaysia sbg “bangsa idaman” yg kita kehendaki.
Pembentukan bangsa Malaysia berteraskan hubungan etnik
yg harmonis.
• Ras: Kelompok manusia yang mempunyai
persamaan dari segi ciri-ciri fizikal (warna
kulit dll). Ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan
oleh baka yang diwarisi dari generasi ke
generasi cth: Mongoloid, Negroid
dan Austroloid.
• Pd dasarnya, ras boleh dikatakan sbg
kelompok sosial yg mempunyai tanda
pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri
fizikal-biologikal yg nyata seperti warna
kulit, warna mata, warna rambut dsbnya.
Ciri yg paling ketara untuk membezakan
kumpulan manusia ialah warna kulit.
•Konsep Masyarakat Majmuk.

•Menurut J.S.Furnivall: Masyarakat majmuk terdiri drp pelbagai kaum yg


mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yg
tersendiri. Walaupun mereka (pelbagai kaum) berganding bahu di bawah
sistem politik yg sama, tetapi kehidupan mereka adalah berasingan; interaksi
sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat
terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis ras.
•Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai kelompok
manusia. Dari segi politik pula masyarakat majmuk timbul akibat dominasi
penjajah.

•Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan / kelemahan azam sosial
bersama (common social will) yg merupakan satu set nilai yg
dipersetujui anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan
kepada tingkah laku sosial.
• Konsep Kelas Sosial

• Konsep ini berkaitan dengan kedudukan


sesuatu kelompok dalam masyarakat.
Dalam kehidupan sehari-hari, segolongan
individu yg mempunyai kedudukan yg
sama dari segi kuasa, politik, kekayaan,
pendapatan, martabat, pekerjaan atau
hubungan dengan punca-punca
pengeluaran.

Cth: Masyarakat Kapitalis terbahagi
kepada dua golongan:
•Konsep Institusi Sosial

•Sebagai konsep utama dalam memahami


masyarakat dan kebudayaan. Konsep ini berkait
rapat dengan pola tingkah laku yg telah menjadi
kebiasaan atau suatu pola hubungan sosial yg
mempunyai suatu matlamat sosial yg tertentu.
Cth: Institusi sosial yg utama: Institusi keluarga,
institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran
dll.
STRUKTUR MASYARAKAT
• Sebelum merdeka
• Selepas merdeka
KELAS SOSIAL
• Berdasarkan sosial-ekonomi sebuah
keluarga
• Berbeza sebelum dan selepas merdeka
•Konsep Budaya

•- Kebudayaan : ditakrifkan Sebagai satu keseluruhan cara


hidup manusia (yg merangkumi cara bertindak,
berkelakuan dan berfikir). Kebudayaan meliputi hasil-
hasil kehidupan kelompok yg bercorak kebendaan
dan bukan kebendaan. Kebudayaan berbeza dari satu
masyarakat ke masyarakat yg lain, namun beberapa
aspek yg sama didapati wujud dalam kalangan semua
masyarakat (seperti bahasa, objek-objek kebendaan,
amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dll).
Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola
kebudayaan sejagat.
•Ciri-ciri penting sesuatu budaya:
•1. Dipelajari.
•2. Dikongsi.
•3. Bersifat sejagat.
•4. Diwarisi
•5. Berubah-ubah
•6. Mempunyai unsur simbolik
•7. Adanya pandangan semesta (world view)

•- Terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat


dgn masyarakat yg lain. Manusia itu sendiri yg
membentuk budaya dan perkembangan budaya akan
mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri.

Você também pode gostar