Você está na página 1de 22

ALATAN

PENGUKURAN DAN
PENGUJIAN
Amalan keselamatan
Keselamatan diri dan alatan
Meter pelbagai
TUJUAN ALAT
PENGUKURAN
• Menyukat sesuatu kuantiti seperti arus,
voltan, kuasa dan rintangan mengikut
kegunaannya seperti ammeter, voltmeter
dan ohm meter.
Instrumen
pengukura
n

Voltmeter Ammeter Ohm meter


VOLTMETER
• Voltmeter digunakan untuk menyukat
voltan.

• Disambung secara selari dengan beban


penguji.
Simbol Digital Analog
AMMETER
• Ammeter digunakan untuk menyukat arus.

• Disambung secara sesiri dengan beban


penguji.

Simbol Digital Analog


OHM METER
• Ohm meter digunakan untuk menyukat
rintangan atau aliran suatu pengalir.

• Disambung secara selari dengan beban


penguji.
Simbol Digital Analog
KAEDAH
PENYAMBUNGAN
1. Laraskan julat bacaan.

2. Pintaskan prob penguji.

3. Laraskan jarum penunjuk kepada 0Ω.

4. Sentuhkan prob penguji pada kaki komponen.

5. Ambil bacaan dan darab dengan julat bacaan.


PENA UJIAN
• Fungsi atau kegunaan pena ujian
Digunakan sebagai alat ujian bagi mengesan
kehadiran arus elektrik yang mengalir melalui
suatu litar hidup.

Iaitu dengan menyentuh hujung logam penguji


pada litar dan jari kita pada hujung penutup logam.

Jika ada elektrik, maka lampu pandu akan menyala.


PERATURAN DAN
KESELAMATAN
• Peraturan dan keselamatan diadakan
untuk memastikan suasana kerja
dalam persekitaran serta suasana
bengkel teratur dan selamat tanpa
berlakunya kemalangan ataupun
kecederaan.
Keselamatan bengkel meliputi
aspek yang berikut:-
i. Keselamatan umum

ii. Keselamatan diri dan rakan

iii. Keselamatan alatan dan bahan


KESELAMATAN AM
• Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut

yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut

bertutup perlu difahami oleh semua murid.

• Rambut mestilah pendek dan kemas.

• Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki, tali leher perlu

dimasukkan ke dalam apron. Lengan baju yang panjang

dilipat kemas.
• Sebelum memasuki bengkel, perlu mendapat kebenaran
dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya.

• Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa


kemas, bersih dan teratur.

• Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam


setiap kerja di bengkel.

• Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum


meninggalkan bengkel.

• Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum


meninggalkan bengkel.
KESELAMATAN DIRI DAN
RAKAN
• Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu
amalan.

• Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika


berkerja di dalam bengkel.

• Pakai apron dan kasut getah yang bertutup.

• Bagi murid yang memakai baju lengan panjang,


lipat lengan baju ketika berkerja.
• Bagi murid-murid perempuan, rambut yang
panjang hendaklah diikat. Bagi yang bertudung,
pastikan tudung dipakai dengan kemas.
• Jangan bermain atau bergurau-senda semasa
berada di bengkel.
• Amalan sentiasa bekerjasama dan bantu-
membantu sesama ahli kumpulan.
• Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai
kerja di bengkel.
KESELAMATAN ALATAN DAN
BAHAN
• Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat
bimbingan daripada guru sebelum murid
menggunakannya.
• Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah
penting bagi memelihara peralatan daripada
cepat rosak.
• Perancangan penggunaan alatan dan bahan
dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek.
• Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan
kembali ke stor setelah selesai penggunaannya.

• Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah


pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian
keselamatan yang terbaik oleh guru.

• Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan


sebarang peralatan di bengkel.
AMALAN 4M
1. Membersih
 Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan
selamat
 Menitikberatkan kebersihan diri dan mental
 Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang
pendek
 Kebersihan mental iaitu berfikiran positif
2. Menyusun atur
 Guna alat mengikut kegunaannya
 Simpan alat di tempat yang betul

3. Mendisiplinkan diri
 Mematuhi peraturan keselamatan bengkel,
alatan dan keselamatan diri
4. Menilai
 Menilai diri sendiri dan tempat kerja
 Melaksanakan sikap penuh
bertanggungjawab
 Melengkapkan diri dengan pengetahuan
rawatan pertolongan cemas serta
penggunaan alat pemadam api
MULTIMETER
• Multimeter adalah alat untuk mengukur
bacaan voltan arus terus (AT), voltan arus
ulangalik (UA), mengukur nilai rintangan
dan juga mengukur arus di dalam sesuatu
litar.
• Juga digunakan untuk tujuan pengukuran dan
pengujian sesuatu alat atau komponen.
JENIS METER PELBAGAI
• Jenis analog

Meter terdiri daripada jarum penunjuk

• Jenis digital

Meter hanya menunjukkan bacaan


BAHAGIAN UTAMA METER
PELBAGAI FUNGSI
BAHAGIAN UTAMA
Pelaras sifar ohm Menyelaras jarum penunjuk kepada
sifar semasa mengukur rintangan
Skala Sebagai penunjuk nilai voltan arus
terus/ulang-alik dan nilain
rintangan
Julat Kadar sukatan yang hendak diukur
Skru pelaras sifar Menyelaras jarum penunjuk kepada
sifar bagi mengukur arus dan
rintangan
Tombol pemilih julat Untuk memilih
voltan/rintangan/arus
Jarum penunjuk Menunjukkan bacaan pada skala
Punca positif Untuk terminal prob positif (merah)
Punca negatif Untuk terminal prob negatif (hitam)

Você também pode gostar