Você está na página 1de 26

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

EN. JUPPRI BIN BACOTANG


016-8104342
juppri@fpm.upsi.edu.my
No. Bilik: AT10, Aras 3, Blok 10
FALSAFAH DAN PANDANGAN
TOKOH-TOKOH PENGASAS
PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK
FALSAFAH DAN
PANDANGAN TOKOH BARAT

• Friedrich Wilhelm Froebel


• Maria Montessori
FRIEDRICH WILHELM
FROEBEL
FRIEDRICH WILHELM
FROEBEL
 Pendidik bangsa Jerman.
 Memperkenalkan falsafah pendidikan awal
kanak-kanak dan membuka sekolah kanak-
kanak 4 - 5 tahun yang dipanggil
“kindergarten”.
 Berkursus dengan Pestalozzi dan sangat
mengkagumi cara Pestalozzi memandang
keperluan mewujudkan persekitaran
pembelajaran kanak-kanak.
FRIEDRICH WILHELM
FROEBEL

 Memperkenalkan sekolah kanak-kanak


yang berkonsepkan taman untuk kanak-
kanak dan membiarkan kanak-kanak
belajar, membuat aktiviti mengikut lumrah
mereka dalam persekitaran yang
menggembirakan.
FRIEDRICH WILHELM FROEBEL -
Falsafah PAKK
 Semua kejadian berpunca daripada kuasa Tuhan.
 Setiap manusia mempunyai semangat untuk
meneruskan kehidupan yang akan menyebabkan
perkembangan mereka.
 Setiap kejadian sangat berkaitan dengan lumrah alam
 Berdasarkan prinsip tersebut, Froebel percaya setiap
kanak-kanak yang lahir mempunyai semangat dalaman
untuk meneruskan hidup dan ini dilahirkan melalui
aktiviti yang mereka lakukan. Kepuasan zaman
kanak-kanak akan terlahir dengan sikap semasa
mereka dewasa.
FRIEDRICH WILHELM
FROEBEL - Falsafah PAKK
 Kinder – kanak-kanak
 Garten – taman
 Kanak-kanak merupakan biji benih dan ibu
bapa dan guru sebagai tukang kebun
 Menekankan belajar melalui aktiviti dan
bermain
 Pendidikan awal merupakan asas penting
untuk pendidikan seterusnya
FRIEDRICH WILHELM
FROEBEL - Falsafah PAKK
 Aktiviti kanak-kanak penting ke arah
memperkembangkan mental, fizikal dan
sosial kanak-kanak
 Persekitaran pembelajaran menarik dan
ceria mempengaruhi pembelajaran
kanak-kanak
FRIEDRICH WILHELM FROEBEL
- Persekitaran pembelajaran
kanak-kanak
 Dinding dicat dan dilukis
 Cahaya mencukupi
 Keluasan yang sesuai
 Ada bunyi-bunyian dan objek yang pelbagai
bentuk, warna dan saiz yang boleh menarik
minat pelajar
 Saiz kerusi dan meja sesuai dengan kanak-
kanak
MARIA MONTESSORI

“Masa yang terpenting dalam kehidupan bukanlah


umur semasa pengajian di universiti, tetapi tahap
pertama iaitu ketika dilahirkan sehinggalah enam
tahun. Di tahap inilah kanak-kanak memerlukan
bantuan dan sebarang halangan yang menghindar
kreativitinya akan mengurangkan peluangnya
mencapai kesempurnaan.”
MARIA MONTESSORI -
Prinsip-prinsip Asas Montessori

 Absorbent mind
 Auto-education
 Sensitive periods
 Prepared Environment
 Respect for the Child
Tokoh Islam
• Imam Al-Ghazali
• Ibnu Khaldun
Imam Ghazali
 Di barat dikenali sebagai Algazel
 Lahir 450H (1058M) di Ghazalah Qursan
Parsi.
 Nama: Muhamad bin Muhamad bin
Muhamad bin Ahmad Ghazali.
 484 H menjadi NC Universiti dan
pensyarah di Universiti Nizamiah Baghdad
 489 H meletak jawatan.
Imam Ghazali
 Menurut Ghazali: ‘knowledge exists
potentially in the human soul like the seed
in the soil, by learning the potential
becomes actual.’
 Seorang kanak-kanak harus didik sejak
lahir. Jangan beri anak pada orang lain
kecuali beragama.
Imam Ghazali
 Jika guru/keluarga mendidik dengan betul,
kanak-kanak akan hidup gembira. Dan
Allah akan beri pahala.
 Jika kanak-kanak diabaikan ia akan hidup
sedih dan neraka balasannya.
 Didik anak-anak dengan agama, sopan,
adab makan, membersihkan diri dan
sembahyang.
Imam Ghazali
 Didik anak supaya bertingkahlaku mulia,
rendah diri, tidak bohong, tidak berkawan
dengan jahat, tidak berbangga.
 Tegas dengan anak-anak, jangan biasakan
hidup senang, jangan bermanja
 Jangan mendenda anak. Jangan mencemuh
mereka.
Imam Ghazali
 Elokkan fitrah dan naluri mereka.
 Galakkan kanak-kanak bermain kerana
membentuk fizikal, memberi rehat dan
naluri.
 Latih anak-anak supaya boleh ‘memorising,
understanding and conviction.’
Imam Ghazali
 Kasih kepada wang adalah racun berbisa.
 Cintakan kebersihan, berpuasa, jangan
pakai sutera, emas, jauhi benda haram.
 Layan baik dengan orang sebagaimana kita
hendak orang layan baik pada kita.
 Belajar tanpa guru adalah binasa.
Pesan Imam Al Ghazali
kepada guru
 Mengajar mengikut kemampuan kanak-
kanak
 Memperbaiki kelakuan dengan mesra
 Jangan harapkan ganjaran
 Tunjukkan tingkahlaku yang baik.
Ibnu Khaldun
 Abu Said Abd. Rahman Ibn Muhamad Ibn
Khaldun
 Lahir 1 Ramadhan 732 H (1332M)Tunisia
 Ahli sisiologi, sejarawan politik muslim
 Pernah menjawat penting politik tetapi
terfitnah dan masuk penjara.
 Karya terkenal: Tarikh Ibnu Khaldun
 Meninggal 808H (1406M) Kaherah
Ibnu Khaldun
 Pandangannya : sistem sosial berkait
dengan faktor persekitaran sprt iklim,
tanah, makanan, jiwa dan emosi.
 Purata usia sesebuah negara bertahan
120 tahun
 Usia generasi di bagi pada 4: primitif,
pemilikan, beradab, makmur dan
kehancuran, kersosakan akhlak.
Pandangan Ibnu Khaldun
 Jangan mengajar anak dengan perkataan
susah
 Belajar dari mudah ke susah – adakan
latih tubi, gunakan benda maujud, bbm
 Jangan ajar anak sesuatu yang luar dari
kemampuan mereka
 Berikan contoh konkrit, guna
pancaindera.
 Ajar Al-Quran sebelum hafal
Pandangan Ibnu Khaldun
 Susun jadual pembelajaran anak-anak.
 Bentuk kanak-kanak dengan kasih
sayang
 Masa belajar jangan panjang – lupa
 Bahasa adalah asas pembelajaran.
Mulakan dengan menulis, membaca dan
kaitkan dengan makna
Aktiviti: Analisis Video
 Video “K.COP”
 Tugasan :
– Berdasarkan tayangan video tadi,
bayangkan anda adalah guru lelaki tadi.
Bincangkan apakah langkah-langkah untuk
mengatasi masalah yang dihadapi
berlandaskan pandangan kesemua tokoh
barat dan Islam
RUMUSAN :
APA BENTUK
PEMBELAJARAN YANG
SESUAI UNTUK
KANAK-KANAK?

Você também pode gostar