Você está na página 1de 9

 Sosialisasi adalah proses di mana seseorang individu mempelajari dan menerima

nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk


personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi
adalah proses seumur hidup. Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi,
bekerja sebagai satu kumpulan atau melakukan kawalan diri. Sosialisasi bukan
sahaja menolong seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna
tetapi secara keseluruhannya ia juga boleh dikatakan sebagai alat untuk
mengekalkan kumpulan dan masyarakat. Idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola
tingkah laku yang menyatukan masyarakat akan terus kekal walaupun ahli-ahlinya
berganti.
 Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar. Walaupun kanak-kanak diajar
secara langsung (delibrate) cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang
baik di rumah dan di sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam
masyarakat yang lain secara tidak langsung juga akan dipelajari oleh kanak-kanak
hasil daripada tingkah laku-tingkah laku atau perbuatan-perbuatan orang-orang
dewasa di sekitarnya. Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak
dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita menjadi manusia melalui proses interaksi
sosial atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah organisme bilogikal kepada insan
sosial. Melalui sosialisasilah seseorang belajar isi kandung kebudayaannya.
Melalui sosialisasilah kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu
generasi kepada generasi yang lain.
 a. mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat
 b. menanamkan aspirasi-aspirasi masyarakat
 c. menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat
 d. mengajar untuk memenuhi peranan-peranan sosial.
 Tiga perkara mesti berlaku untuk memastikan kejayaan sosialisasi :
 a. Seseorang mesti faham apa yang diharapkan daripada mereka. Ia mesti tahu
tingkah
 laku apa yang patut dipelajari sebagaimana yang diingini oleh masyarakat.
 b. Seseorang mesti berusaha memenuhi kehendak-kehendak masyarakat. Untuk
bertingkah laku sebagai mana yang dikehendaki, individu boleh mempelajari
kemahiran-kemahiran intelektual, sosial dan fizikal daripada ibu bapa, sekolah dan
sumber-sumber lain daripada persekitaran.
 c. Seseorang mesti akur dan rela mengikut peraturan-peraturan masyarakat.
 Keluarga adalah agen sosialisasi yang banyak mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak. Lazimnya ibu bapa akan mengajar anak-anaknya mengenai apa yang harus
dilakukan dan apa yang harus dilarang. Daripada ibu bapa, kanak-kanak itu akan
mempelajari kemahiran, sikap, norma dan nilai-nilai seperti kejujuran, amanah, rajin,
bersih dan hormat menghormati.
 Kanak-kanak semasa dilahirkan diibaratkan seperti sehelai kain putih. Ini bermakna
kanak-kanak itu tidak jahat dan tidak baik. Bagaimana personalitinya dibentuk adalah
bergantung kepada keluarganya, rakan sebayanya, sekolahnya dan unsur-unsur lain
yang terdapat dalam alam sekitarnya. Pada peringkat awal, kanak-kanak
menghabiskan sebahagian besar masanya dengan keluarganya.
 Cara ibu bapa mengasuh anaknya adalah berbeza. Bagi ibu bapa yang garang dan
autokratik, anak-anak membesar menjadi individu yang patuh, pasif, takut memberi
pandangan dan kurang berinisiatif. Sebaliknya, ibu bapa yang bersifat laissez-faire
atau terlalu berlembut dengan anak serta cepat melayani segala permintaan mereka
akan mendapati bahawa anak-anak itu akan membesar menjadi individu yang kurang
bertanggung jawab, terlalu bergantung kepada orang lain, kurang berikhtiar dan
kurang menghormati orang-orang tua.
 Keluarga yang bersifat demokratik, iaitu di mana ibu bapa sentiasa berbincang
secara terbuka, melibatkan anak dalam membuat keputusan seperti menentukan
tempat peranginan yang hendak dikunjungi serta menerangkan sebab-sebab
mengapa anak-anak dihukum akan berjaya membentuk individu yang lebih tinggi
keyakinan dirinya. Selain itu anak-anak itu juga lebih aktif, bersopan santun, gemar
berkongsi satu-satu masalah dan lebih bersifat mementingkan hal lahiriah
daripada hal batiniah diri sendiri (ektrovert).
 Segala nilai dan norma yang ditekankan oleh ibu bapa akan cepat mempengaruhi
perkembangan personaliti anak-anak mereka. Sebagai contohnya, Encik Zaidi
baru sahaja pulang dari pejabat. Dia berasa letih dan ingin berehat. Tiba-tiba
telefon berdering. Anaknya Nasir telah mengetuk pintu biliknya kerana panggilan
itu adalah untuknya. Encik Zaidi meminta Nasir memberitahu pemanggil bahawa
dia tiada di rumah.
 Situasi di atas jelas menunjukkan amalan menipu. Kalaulah situasi seperti ini
berlaku berulang kali, Nasir akan berpendapat bahawa dalam kehidupan sehari-
hari kita, amalan menipu tidaklah salah.
 Saiz keluarga juga mempengaruhi sosialisasi seseorang individu. Pertuturan dan
interaksi adik beradik akan menggalakkan individu itu bertutur dengan lebih
cepat dan lebih luas perbendaharaan katanya. Anak-anak dalam keluarganya yang
besar mempunyai tugasan masing-masing manakala anak tunggal atau anak
keluarga kecil lebih dimanjakan. Nilai- nilai serta sikap yang dihargai oleh adik
beradik juga akan mempengaruhi seseorang individu itu.

Você também pode gostar