Você está na página 1de 11

MENGAPAKAH

PERLEMBAGAAN PENTING
DALAM KONTEKS
MALAYSIA?
AHLI KUMPULAN :
PRIYA MURUGAN
RATHI GUNASEGARAN
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
 Mengikat rakyat dan kerajaan (untuk patuh dan hidup dalam kesejahteraan dan rakyat
hidup aman dan damai)

 Mengatur sistem pemerintahan dan pentadbiran

 Menetapkan hak-hak asasi dan tanggungjawab rakyat Malaysia

 Menjadi kuasa terpenting dalam penggubalan undang-undang

 Menjaga hak dan kepentingan penduduk Malaysia

 Menjelaskan bidang kuasa kehakiman, perundangan, kuasa negeri dan kuasa


persekutuan
PERANAN PERLEMBAGAAN
MALAYSIA
 Perlembagaan Malaysia yang juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan telah digubal
pada 1963 setelah mendapat persetujuan daripada Sabah, Sarawak dan Singapura untuk
membentuk sebuah negara.

 Perlembagaan ini merupakan sebuah dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk


berasaskan kepada dua dokumen sebelum ini, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

 Perlembagaan boleh didefinisikan sebagai kumpulan kaedah dan panduan untuk mengatur
pentadbiran sesebuah Negara.

 Perlembagaan Malaysia mempunyai kepentingan dan peranan untuk rakyat dan tanah air kita.
 Peranan utama Perlembagaan Malaysia adalah sebagai satu asas kerjasama antara kaum.

 Tanah Melayu yang sememangnya telah terdiri daripada tiga kaumyang berbeza; Melayu, Cina dan
India akan bergabung dengan Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum yang
berbilang jenis seperti Iban, Dayak, Dusun dan sebagainya.

 Melalui perlembagaan, semua rakyat tanpa mengira kaum dikehendaki untuk mematuhi segala
undang-undang yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

 Perlembagaan berperanan besar dalam membentuk dan menstruktur hubungan etnik antara kaum
di Malaysia. Ia adalah batu asas dalam membina kerjasama sesama kaum.

 Jika dilihat dari sejarah pembentukan perlembagaan, ia dibina melalui kerjasama antara kaum yang
mahukan kemerdekaan daripada pihak British.

 Tolak ansur sesama kaum amat dititik beratkan demi membentuk sebuah kerjasama antara kaum.
 Perlembagaan juga berperanan untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.

 Perlembagaan merangkumi segala undang-undang yang melibatkan semua lapisan masyarakat di


Malaysia.

 Maka, tidak kira apa jawatan kita, kita perlu mematuhi perlembagaan termasuklah pemimpin dan
pemerintah. Perlembagaan dapat mengawal dan menghalang penyalahgunaan kuasa oleh
pemerintah yang mungkin menggunakan kuasa yang dimiliki untuk melakukan perkara di luar bidang
kuasanya.

 Seterusnya, perlembagaan boleh dijadikan sebagai medium untuk menyelesaikan masalah. Apabila
berlaku masalah seperti salah guna kuasa, penipuan, rusuhan kaum dan sebagainya, penyelesaian
bagi masalah-masalah tersebut boleh dirujuk kepada perlembagaan.

 Segala yang termaktub dalam perlembagaan hendaklah dipatuhi oleh semua rakyat dan keputusan
masalah-masalah yang berlaku perlulah menurut perlembagaan yang telah dipersetujui oleh rakyat
dahulu.
MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN
SISTEM PENTADBIRAN
 Perlembagaan Malaysia turut mempunyai kepentingan-kepentingannya tersendiri
terhadap negara kita, Malaysia.

 Salah satu daripadanya ialah menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang
cekap dan berkesan. Hal ini kerana, perlembagaan menentukan corak pemerintahan,
pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara
kuasa tersebut dilaksanakan.

 Maka, sistem politik yang lebih stabil dapat diwujudkan di samping sebuah sistem
pentadbiran yang lebih terancang dapat dibina.
MENENTUKAN TANGGUNGJAWAB
RAKYAT
 Selain itu, perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan
kepada rakyat.

 Sebagai contoh, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak
boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting bagi mengelakkan persengketaan kaum.
MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN
NASIONAL
 Seterusnya, perlembagaan dapat memupuk semangat perpaduan nasional dan pembangunan negara.

 Perlembagaan berperanan untuk melindungi kepentingan semua kaum di Malaysia tanpa ada satu pun
yang tertinggal. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara semua kaum.

 Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional disamping mempertingkatkan pembangunan negara.
Perlembagaan juga penting bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Malaysia.

 Hal ini kerana perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan
beragama dan pemilikan harta. Maka, segala masalah boleh dirujuk dan diselesaikan melalui
perlembagaan. Ini dapat menjamin kemakmuran dan keamanan rakyat dan negara.
Menjamin Kesinambungan
Pentadbiran dan
Kestabilan Politik
Merupakan panduan
pemerintahan negeri

Menjamin kerjasama
antara kerajaan
persekutuan dengan
kerajaan negeri
POLITIK

Menjamin pentadbiran
dan pemerintahan yang
cekap, adil dan telus Menjamin keselamatan
dan keamanan rakyat
Kestabilan politik Kestabilan politik
juga menarik menjamin
kedatangan pelabur perkembangan
luar ekonomi

EKONOMI

Memastikan
wujudnya keadilan
sosial antara kaum
SEKIAN TERIMA
KASIH

Você também pode gostar