Você está na página 1de 17

KEMAHIRAN BELAJAR

TENAGA PENGAJAR : HJ. MAZLAN BIN AYOP

• MUHAMAD HARIS DANIAL BIN


FIZAL
• NURALIF ASYRAF BIN MAT DESA
DEFINISI KEMAHIRAN BELAJAR
Pengenalan Kemahiran Belajar

• Dalam melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki mengintegrasikan


kemahiran-kemahiran generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir
kreatif dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir
dan menilai, supaya dikuasai oleh pelajar.

• Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir guru


perlu menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai.

• Lain-lain prinsip pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM perlu diambil
kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

• Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran


dan pembelajaran bestari. Ianya bermula dari menentukan bahan yang
optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses
maklumat.
• Pelajar perlu menguasai teknik belajar cara belajar supaya mereka dapat
mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri mereka dalam proses
pembelajaran sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Hal ini mampu
mendorong pelajar tersebut berusaha untuk mencari jalan dalam
mengatasi kelemahan dan menggunakan kelebihan dan kekuatan yang ada
untuk memaksimumkan tahap pencapaian dalam pelajaran.

• Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai


oleh setiap pelajar. Menurut Sabri Samad (2003), kemahiran belajar ialah
prinsip, teori umum, dan kaedah tertentu yang mampu melipatgandakan
keberkesanan belajar. Kemahiran Belajar juga ditafsirkan sebagai kaedah
sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat.

• Terdapat banyak konsep kemahiran belajar secara berkesan, antaranya


ialah belajar merupakan salah satu kegiatan yang melibatkan penghafalan.
Pelajar tersebut akan menggunakan kaedah penghafalan dalam teknik
pembelajarannya. Selain itu, belajar juga memerlukan pelaksanaan latih
tubi yang berterusan. Hal ini dapat membantu ingatan seseorang agar
tidak mudah lupa maklumat-maklumat penting dalam pembelajaran.
Belajar juga merupakan hasil pengumpulan maklumat dan membuat
rujukan kerana dengan melaksanakan proses pembelajarn banyak input
dan fakta baru serta maklumat yang boleh diperoleh.
• Pandangan seseorang terhadap konsep belajar ini boleh mempengaruhi melalui tingkah
lakunya. Contohnya, bagi seseorang yang mempunyai pengertian bahawa belajar itu adalah
menghafal semata-mata maka tingkah lakunya di dalam belajar banyak ke arah menghafal
sesuatu. Kebanyakan pelajar tidak memahami sesuatu pembelajaran tersebut. Maka, mereka
akan menghafal fakta penting bagi menduduki peperiksaan. Manakala, jika pandangan
belajarnya ke arah latih tubi pula maka tindakannya banyak ke arah membuat latihan,
membuat ulangkaji dan seumpamanya.

• Penguasaan kemahiran Belajar Cara Belajar amat penting bagi pelajar lantaran terhadnya
masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas. Hal ini menyebabkan pelajar juga
mendapat ilmu pengetahuan yang terhad. Oleh yang demikian, pelajar perlulah menguasai
dan memahami teknik belajar cara belajar agar dapat memperoleh maklumat tambahan dan
menigkatkan prestasi mereka daln sesuatu pembelajaran. Dalam erti kata lain, BCB
membantu pelajar agar mampu melaksanakan kemahiran belajar mereka secara berkesan
tanpa kehadiran seorang guru. Oleh itu, pelajar mampu menilai tahap pembelajaran mereka
sendiri dan seterusnya dapat memikirkan cara dalam meningkatkan prestasi mereka sendri.

• Pembelajaran turut melibatkan usaha dalam menguasai kemahiran dan pengetahuan di


samping membentuk sikap pelajar itu sendiri. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan
menunjukkan individu mempunyai kemahiran belajar yang berbeza ketika memproses
sesuatu maklumat. Kaedah tersendiri yang digunakan oleh setiap individu ketika mencari,
menyimpan dan mengeluarkan semua maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran (Felder
dan Henriques, 1995). Oleh itu untuk Berjaya, setiap pelajar perlu memiliki sikap ingin belajar
dan mampu menguasai kaedah belajar agar pengetahuan dan kemahiran dapat diperolehi.
KOMPONEN KEMAHIRAN BELAJAR
• 1.1 KEMAHIRAN SET INDUKSI
• Kemahiran Set Induksi adalah merupakan
kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap
guru ketika ingin memulakan pengajaran.
Harus diingat set induksi bertujuan untuk
menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti
pembelajaran hari itu.
KOMPONEN SET INDUKSI
I. Menarik Perhatian
- Kita harus mewujudkan nada suara yang sesuai dan dibantu oleh
alat ABM agar menarik perhatian pelajar.
II. Mewujudkan Motivasi
- Teknik ini boleh disampaikan dengan cara menyampaikan cerita atau
menunjukkan aktiviti yang berguna.
III. Membuat Perkaitan
- Harus mengaitkan peristiwa semasa dan mengaitkan minat dan
pengalaman murid dalam menyampaikan set induksi
IV. Menstruktur
- Merangkumi perkara yang menyatakan had tugasan yang akan dijalankan
dengan cara menggunakan satu siri soalan yang berkaitan
• 1.2 KEMAHIRAN PENYOALAN
• Penyoalan merupakan aktiviti intensif antara
guru dengan murid bertujuan untuk
memantau pemahaman murid terhadap
pengajaran guru
JENIS PENYOALAN
• Bertumpu tertutup
- Menumpukan penyoalan terhadap seorang pelajar sahaja
(penyoalan individu)
• Bercapah terbuka
- Tidak menumpukan soalan terhadap seorang individu. Teknik ini memberi
peluang kepada pelajar untuk cuba menjawab tanpa ada paksaan
(penyoalan secara terbuka)
KOMPONEN-KOMPONEN
KEMAHIRAN PENYOALAN
• Pembentuk Soalan
- Pembetukan soalan ini mestilah jelas dan menggunakan aras bahasa, frasa dan sebagainya harus
mempunyai penjelasan.
• Fokus (Tunggal)
- Fokus yang diberi penekanan dalam kaedah penyoalan ini adalah melontar soalan. Soalan yang
biasa dilontarkan adalah soalan khusus.
• Fokus (Pelbagai)
- Jenis soalan yang disampaikan adalah bersifat terbuka ataupun umum.
• Sebaran
- Sebar kepada semua pelajar tentang soalan dan seterusnya meminta murid-muirid untuk memberi
jawapan.
• Hentian
- Dalam penyoalan ini kita harus berhenti sejenak untuk memberi masa kepada murid-murid untuk
berfikir dan mencari isi.
• Melayani Jawapan
- Kita harus beri perhatian kepada jawapan murid-murid dan beri pujian dan galakan selepas murid
tersebut selesai menjawab.
• Memberi Petunjuk
• Mencungkil Fikiran
1.3 VARIASI RANSANGAN
• Variasi rangsangan ini adalah merupakan
teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik
penyampaian guru dengan tujuan menarik
perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti
pengajarannya
1.3.1 KOMPONEN KEMAHIRAN
VARIASI RANSANGAN
• Komponen Perubahan Pergerakan Langkah Guru
- Pergerakan guru mengelilingi kelas semasa mengajar. Ia perlu dilakukan secara perlahan supaya
tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanak-kanak.
• Komponen Perubahan Pergerakan Anggota Guru
- Guru menggunakan bahagian anggota badan sebagai contohnya ialah tangan untuk menegaskan
penerangan dan penyampaian.
• Komponen Perubahan Nada Suara Guru
- Penggunan nada suara nyaring ataupun tinggi dalam p&p adalah penting bagi menjelaskan dan
menegaskan sesuatu perkara mengikut kepentingan bahan pengajaran.
• Komponen Perubahan Fokus Deria Pelajar
- Penggunakan alat bantu mengajar (ABM) dapat mengubah fokus deria pelajar untuk belajar dengan
lebih minat lagi. Dengan cara ini murid akan bertambah minat untuk belajar dan tidak akan berasa
bosan semasa sesi p&p berlaku.
• Komponen Perubahan Bentuk Lisan Pelajar
- Penglibatan murid dalam sesi adalah penting agar sesi p&p lebih menarik dengan melibatkan diri
secara lisan contohnya penggunaan bahasa.
• Komponen Perubahan Bentuk Fizikal Pelajar
- Perubahan bentuk fizikal pelajar seperti lakonan, menulis, dan simulasi.
1.4 PENGGUNAAN PAPAN TULIS
• Papan tulis merupakan alat yang digunakan
oleh guru untuk menulis penerengan atau
maklumat lain.
KEJELASAN
• Saiz tulisan yang sesuaiTulisan kemas dan
tepatGambar rajah jelas dan ringkas

• Bentuk satu konsep dengan jelas dan


tepatPermudahkan konsep atau idea yang
susah.Libatkan murid dalam aktiviti
pengajaran-pembelajaran.Gunakan dalam
masa yang sesuai.
SUSUNAN
• Penggunaan kapur warna yang
sesuaiPenggunaan kapur warna yang menarik

RUANG
• Penggunaan ruang untuk tulisan dan rajah
sesuai dan seimbang.Susunan dapat di lihat
dan teratur
1.5 KEMAHIRAN PENUTUP
• Kemahiran penutup ini adalah untuk menentukan bahawa
pengajaran guru itu berkesan dan berjalan lancar,
kemahiran penutup pelajaran sama juga pentingnya
dengan kaedah memulakan pengajaran. Penutupan
pengajaran yang baik akan meninggalkan kesan yang
berkesan dilubuk hati para pelajar.
• Penutup dan kesimpulan merujuk kepada cara guru
mengakhiri satu sesi p&p . aspek ini penting kerana murid-
murid perlu disedarkan tentang perkara yang telah
dipelajari oleh mereka. Guru perlu membuat kesimpulan
atau rumusan untuk memberi gambaran kepada muird-
murid tentang isi utama yang perlu dikuasai oleh mereka.
Guru boleh mengakhiri sesi pengajaran samaada secara
kognitif atau sosial.
1.5.1 JENIS PENUTUP
• Penutup Kognitif
- Bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan
kemahiran yang telah dipelajari. Sebagai contohnya
ialah membuat rumusan, ulang isi-isi penting, aktiviti
penilaian dan aktiviti susulan.
• Penutup Sosial
- Bertujuan untuk memberi satu perasaan pencapaian
kepada pelajar-pelajar supaya mereka ingin terus
belajar. Penutup sosial ini biasanya dilakukan dengan
menggunakan teknik peneguhan. Sebagai contohnya
ialah nyanyian yang berkaitan dengan tajuk , pujian dan
sebagainya.
SUMBER DIPEROLEHI DARIPADA :

http://amirgassi.blogspot.my/

Você também pode gostar