Você está na página 1de 20

ASAS

PERKEMBANGAN
OTAK KANAK-
KANAK 0-4 TAHUN
• Tiga tahun pertama dalam kehidupan kanak-
kanak merupakan waktu di mana perkembangan
otak berlaku dengan pesat.
• Walaupun perkembangan otak terus berlaku
selepas itu tetapi 3 tahun pertama merupakan
waktu paling kritikal.
• Ketika ini otak lebih fleksibel dan bersedia untuk
mempelajari sesuatu.
• Berat otak bayi ketika dilahirkan ialah 25%
daripada berat otak orang dewasa.
• Ketika mencapai usia 3 tahun, otak bayi telah
berkembang menjadi berjuta-juta sel (yang
terdiri dari neurons dan sel-sel otak yang lain).
• Sel-sel ini kemudian bercantum untuk
membentuk berjuta-juta ‘jalinan’(synapses).
Jalinan antara sel ini kemudian membentuk
pusat kawalan yang kompleks bagi
perkembangan mental, emosi, fizikal dan
spiritual.

• Pengalaman-pengalaman awal, samada positif


atau negatif yang dialami oleh bayi dan kanak-
kanak mempunyai kesan terhadap pembentukan
‘jalinan’ sel-sel otak.

• Otak beroperasi dengan menggunakan prinsip


‘use it or lose it’.
• Perkembangan bahasa merupakan satu
contoh terbaik untuk menunjukkan otak
beroperasi mengikut prinsip tersebut.

• Pada usia 3 bulan, otak bayi berupaya


membezakan pelbagai bunyi percakapan.

• Beberapa bulan selepas itu, otak mula


belajar mengenali bunyi yang
didengarinya.
• Pada peringkat awal, otak bayi mampu
menyimpan bunyi yang pernah
didengarinya.

• Sebagai analogy, bayangkan kita


membuang sesuatu dokumen ke dalam
‘trash’ di dalam komputer. Kita berupaya
mencari semula dokumen tersebut selagi
dokumen tersebut tidak dibuang terus dari
komputer.

• Ini juga menerangkan mengapa kanak-


• Bayi menangis ketika lapar dan tidak selesa,
sekiranya ibu bapa memberi respon yang positif
terhadap tangisan dan memenuhi keperluannya,
bayi itu akan merasa selamat (secure) dan
menfokuskan perhatian untuk meneroka
persekitarannya.
• Ini akan membantu perkembangan otak bayi
tersebut.
• Sebaliknya, kalau tangisan dan keperluannya
tidak mendapat perhatian dan tidak dihiraukan,
bayi tersebut akan mengalami kesukaran untuk
berinteraksi dengan persekitaran (manusia dan
objek).
• Lama kelamaan, perkembangan otak mereka
Gesell membahagikan perkembangan
kanak-kank kepada lima peringkat
seperti di bawah:

i Peringkat Pertama ( 0 – 1 tahun )

• Semasa berumur sebulan bayi boleh


menghasilkan tangisan berlainan untuk
membezakan tangisan lapar dan tangisan
yang inginkan belaian ibu.
• Semasa berusia 4 bulan, bayi melalui
peringkat awal perkembangan emosi
seperti ketawa apabila gembira sementara
di usia 8 bulan, perkembangan
psikomotor bayi telah meningkat di mana
bayi boleh menggenggan objek yang
diberikan kepadanya.

• Bagi bayi berusia 1 tahun pula telah boleh


berdiri.
ii Peringkat Kedua ( 1- 2 tahun )
• Kanak-kanak mulai berlajar berjalan ,
bercakap dan memahami makna
“jangan”.
• Di akhir peringkat ini boleh berjalan dan
berlari serta mula bercakap tetapi masih
pelat.
iii Peringkat Ketiga ( 2 – 3 tahun )
• Kanak-kanak mula makan bersendirian dan
bercakap menggunakan ayat yang mudah.

iv Peringkat Keempat ( 3 – 4 tahun )


• Kanak-kanak boleh menunggang basikal
roda tiga dan dapat menerima arahan
mudah ibu bapa.
Teori Perkembangan Robert Havinghurst
• Peringkat bayi dan awal kanak-kanak
(sejak lahir – 6 tahun)

• Peringkat ini kanak-kanak mula belajar


bercakap, membentuk konsep yang
mudah tentang realiti sosial dan fizikal dan
berinteraksi dengan orang lain.

• Kanak-kanak boleh bertolak ansur dan


menerima pendapat orang lain
Teori Perkembangan Jean Piaget

Peringkat deria motor ( 0 – 2 tahun )


• Kanak-kanak pada peringkat ini belum
tahu lagi sebarang maklmat mengenai
objek yang ada di sekelilingnya.
• Pada peringkat ini kanak-kanak
menggunakan deria motor untuk
berinteraksi dan memahami alam
sekitarnya.

• Kanak-kanak masih boleh memperolehi konsep


kewujudan objek (menganggap objek yang
pernah dilihatnya tiada lagi setelah disimpan).
Teori Perkembangan Sigmund
Frued
i. Peringkat Oral ( dari lahir - 18 bulan )

• Pada peringkat ini kanak bersifat pasif


dan amat bergantung kepada orang lain.
• Mereka memperolehi kepuasan melalui
aktiviti menghisap, menggigit dan
menelan.
ii Peringkat Anal / dubur ( 2 – 4 tahun )

• Pada peringkat ini kanak-kanak bersedia


menguasai dan mengawal fungsi bilologi.

• Kanak-kanak akan memberi lebih


perhatian terhadap kawalan membuang
air besar dan air kecil yang akan
memberikan perasaan hormat kendiri.
Perkembangan Fantasi

Fantasi dalam konteks psikologi membawa


maksud kekuatan jiwa untuk mencipta
tanggapan-tanggapan baru yang
bersandarkan kepada tanggapan -
tanggapan sedia ada (lama).
Ianya dikategorikan kepada dua jenis iaitu :

i.Fantasi terpimpin (pimpinan)


 Wujud disebabkan adanya kesan setelah
memahami hasil ciptaan orang lain, iaitu melalui
karya ciptaan orang lain.

ii.Fantasi mencipta
 Wujud secara semulajadi iaitu melalui kekuatan
(potensi) yang ada dalam diri sendiri tanpa di
pengaruhi oleh ciptaan orang lain.
• Fantasi yang ada pada diri seseorang itu
bersifat :

i.Menyeluruh, bebas dan tidak bergantung


ii.Semulajadi tanpa disedari
iii.Mudah berubah
iv.Mencipta sesuatu yang baru
• Menurut Charlotte Buhler,
perkembangan fantasi bagi kanak-
kanak dapat dikelaskan kepada tiga
fasa iaitu :
Ø1. 0 : 0 – 4 : 0 tahun masa bercerita
struwelpeter, di mana pada fasa ini kanak -
kanak gemar kepada cerita – cerita
nakal,seperti berambut panjang, pakaian
yang selekeh, kuku panjang,
• mereka juga tidak menghiraukan keadaan
persekitaran, atau lebih kepada
mementingkan diri sendiri.

Você também pode gostar