Você está na página 1de 22

Disediakan Oleh :

Muhd Faiq b. Hj Suhaimi


1. Darah dari semua bahagian badan mengalir
masuk ke atrium kanan melalui vena kava
apabila otot jantung berehat. Vena kava
anterior membawa balik darah tanpa oksigen
dari kepala dan anggota hadapan ke jantung.
Vena kava posterior pula membawa balik darah
tanpa oksigen dari anggota bawah dan organ
badan lain.
2. Darah tanpa oksigen memenuhi atrium
kanan.
3. Ventrikel kanan kemudiannya mengecut dan
darah dipaksa keluar melalui arteri pulmonari
ke peparu. Pada masa yang sama, injap
trikuspid akan tertutup untuk menghalang
darah daripada mengalir balik ke atrium
kanan. Di arteri pulmonari, injap sabit akan
tertutup untuk menghalang darah daripada
mengalir balik ke ventrikel kanan.
4. Gas karbon dioksida dalam darah akan diganti
dengan gas oksijen dalam paru-paru. Darah
beroksigen dari peparu dibawa balik ke atrium
kiri melalui vena pulmonari. Darah beroksigen
memenuhi atrium kiri dan apabila atrium kiri
mengecut, darah mengalir masuk ke ventrikel
kiri.
5. Darah beroksigen akan ditolak masuk ke
aorta. Pada masa yang sama, injap bikuspid
(mitra) akan tertutup untuk mengelakkan
darah daripada mengalir balik ke atrium
kiri.Injap sabit di pangkal aorta akan tertutup
untuk menghalang darah dalam aorta mengalir
balik ke dalam ventrikel kiri apabila ventrikel
itu mengendur.
6. Pembuluh darah yang keluar dari ventrikel
kiri disebut Aorta, yang mengedarkan darah
ke   seluruh tubuh. Sedangkan yang keluar dari
ventrikel kanan disebut Arteri Pulmonalis
yang   membawa darah ke paru untuk
menukarkan karbon dioksida dengan oksigen.
Pembuluh darah yang membawa darah masuk
ke Atrium kiri disebut Vena Pulmonal dari
paru-paru dan yang masuk ke Atrium kanan
disebut Vena Cava membawa darah tanpa
oksijen dari seluruh tubuh.
Sebahagian darah yang keluar dari aorta akan
membekalkan oksigen ke jantung dan dikenal
dengan nama Arteri Koronaria. Pembuluh darah
inilah yang sering mengalami gangguan pada
penyakit jantung koroner. Pengimbasan jantung
menggunakan
Pengimbas Tomografi Berkomputer akan
dilakukan untuk mengesan masalah ini.
 Semasa diastole ventrikel (ventrikel
mengendur),tekanan darah dalam ventrikel
rendah berbanding dalam aorta & injap arteri
pulmonari semilunar tertutup lalu menghasilkan
bunyi denyutan kedua (dap). Denyutan jantung
boleh di dengar dengan menggunakan
stetoskop.
 Nadi rehat – kadar pernafasan normal 18-20 per
min. Kadar degupan jantung di antara 60-70
degup per min.
 Aktiviti luar seperti berenang berlari & aerobik
akan meningkatkan kadar pernafasan kepada 30
kali pernafasan per min & degupan jantung 120
per min.
 Penambahan kadar degupan jantung membantu
peredaran darah untuk menerima lebih oksigen
& glukosa dalam sel pernafasan.
Sebagai contoh :
 Ketakutan : Adrenaline – degupan jantung &

kadar pernafasan akan lebih membekalkan


glukosa & oksigen kepada otot.
 Tinggi : Contoh, 10 000 kaki

Kadar oksigen dalam badan


mengalami penurunan.
 Denyutan jantung yang normal dalam satu
sistem kompleks yang disebut conduction
pathways atau jalur konduksi. Terdapat
beberapa bahagian jantung yang bertindak
seperti sirkuit letrik yang menghasilkan tenaga
letrik yang akan membuat otot jantung
mengecut dan mengembang.
 Penyakit dapat mempengaruhi jalur konduksi,
dan biasanya menghasilkan dua jenis denyutan
jantung yang abnormal (disebut aritmia) yang
menyebabkan jantung berdegup terlalu cepat
(takikardia) atau terlalu perlahan
(bradikardia). Denyutan jantung yang terlalu
cepat akan menyebabkan getaran atau rasa
 menggelepar dalam dada. Denyutan jantung
yang terlalu perlahan pula akan menyebabkan
rasa pening atau pitam.  
 Jantung anda mempunyai sistem arus elektrik
yang meransang jantung untuk menguncup atau
berdenyut. Setiap denyutan bermula dengan
ransangan elektrik yang berasal dari bahagian
khas di dalam atrium kanan yang dipanggil
odus sinoatrial ataupun nodus SA.
 Nodus SA ini merupakan pencetus atau suis
semulajadi jantung. Ia menerima maklumat
daripada otak dan pusat-pusat kawalan lain di
dalam sistem saraf yang mengarahkannya
menyesuaikan kadar denyutan jantung yang
optima bergantung kepada keperluan badan
manusia.
 Setelah ransangan tadi dihasilkan oleh nodus
SA ia akan mengalir kepada atrium-atrium
yang menyebabkan mereka menguncup dan
mengepam darah masuk ke dalam ventrikel di
bawah.
 Ransangan elektrik ini kemudiannya mengalir

ke satu kumpulan sel khusus yang dikenali


sebagai nodus atrioventrikular atau nodus AV.
 Dari sini ransangan tadi akan mengalir laju

keseluruh bahagian jantung melalui rangkaian


His, cabang kiri dan kanan [kesemuanya adalah
sistem aliran rangsangan elektrik jantung].
 Penguncupan jantung dikenali sebagai sistolik
dan pengenduran jantung dikenali sebagai
diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan
darah tertinggi yang disukat semasa
penguncupan ventrikel. Tekanan darah
diastolik merupakan tekanan darah minimum
pada akhir pengenduran ventrikel.
 Otot-otot jantung menguncup dan jantung
berdenyut akibat daripada ransangan-
ransangan ini.
 Selepas setiap denyutan, otot-otot jantung
menguncup  dan jantung berdenyut akibat
daripada ransangan-ransangan tadi dan 
ianya berlaku teramat pantas.
 Rentak jantung yang tidak seragam berlaku
apabila jantung mengepam darah pada kadar
yang luar biasa. Istilah yang sering digunakan
untuk menerangkan keadaan rentak yang tidak
seragam ini meliputi aritmia jantung,
ketidakaturan rentak dan disritmia atau
ketidak selarasan rentak jantung.
1. Keupayaan yang tidak memberangsangkan dengan
setiap tulang otot fiber mesti dirangsangkan
untuk mengecutkan penghujung saraf,tetapi
sebahagian sel otot kardiak mudah terangsang
dan menyebabkan kekurangan keupayaan
membran sel dan bahagian jantung selebihnya.
2. Organ bertentangan dengan unit motor
pengecutan. Dalam otot, semua sel diberi unit
motor tetapi tidak semua unit motor penting
dalam otot bagi merangsang dan mengecut
pada masa yang sama. Impuls tidak tersebar
dari satu sel ke sel yang lain. Dalam otot
kardiak, jantung akan mengecut atau
sebaliknya pada sesuatu jangka masa.
 Jantung manusia mempunyai kebolehan untuk
mengecut dan mengendur dalam satu kitaran
beritma tanpa rehat.
 Satu kitar lengkap pengecutan dan

pengenduran jantung disebut nadi denyutan.


 Dalam satu nadi denyutan jantung,urutan

peringkat yang berlaku dikenali sebagai kitar


kardium. Fasa pengecutan kitar kardium
disebut sistole manakala fasa pengenduran
disebut diastole.
 Kedua-dua atrium akan mengalami sistole
dengan serentak untuk mengepam darah ke
ventrikel yang mengalami diastole untuk
menerima darah dari atrium.
 Kemudian kedua-dua atrium akan mengalami
diastole sementara kedua ventrikel mengalami
sistole untuk mengepam darah ke arteri
pulmonari dan aorta.
 Dinding jantung dibina oleh sejenis gentian
otot yang bersilangan antara satu sama lain
dan dikenali sebagai otot kardium.
 Otot kardium bersifat miogenik iaitu boleh
mengecut secara beritma dan automatik tanpa
kawalan saraf.
 Otot kardium masih boleh mengecut secara
beritma walaupun jantung dikeluarkan secara
pembedahan dan disimpan dalam medium yang
sesuai.
 Pengecutan otot kardium dicetuskan oleh

sekumpulan tisu khas yang terdapat di dalam


dinding atrium kanan berhampiran dengan vena
kava.
 Kumpulan tisu ini disebut nodus sinoatrium

(nodus SA). Nodus SA dikenali juga sebagai


perentak denyutan (pacemaker) kerana
mencetuskan impuls untuk mengawal dan
memelihara denyutan jantung.

Você também pode gostar