Você está na página 1de 22

What Geologic Processes

Control Large-scale
Geomorphology On Earth

NURMA BINTI JUSOH


NUR AFNI SYAHIRA BINTI SHAMBEDA
NOOR ADIBAH BINTI MD AKHIR
NAVIINIA A/P KATHIRAVAN
APAKAH PROSES GEOLOGI
• Parker (1997)- Geologi adalah kajian bumi, sejarah hutan,
dan kehidupan seperti yang direkodkan dalam batuan,
termasuk kajian ciri-ciri geologi kawasan, seperti geometri
format rock, cuaca dan hakisan, dan pemendapan
• Satu bidang cabang sains yang mengkaji tentang ciri-ciri
bumi
• Ciri-ciri ini termasuk fizikal bumi, kimia bumi serta proses-
proses yang terlibat semasa pembentukan atau perubahan
bumi
• Ciri-ciri fizikal termasuk mengenal pasti jenis-jenis batuan
mineral, fosil, struktur batuan yang wujud di sesuatu
kawasan
• Ciri kimia adalah untuk mengenal pasti sifat kimia serta
komposisi bagi batuan dan mineral yang dikaji
• Maklumat digunakan untuk mengenal pasti gambaran
semua proses dan kejadian yang pernah berlaku di bumi
pada masa sekarang dan juga pada masa lampau
Dua Proses Geologi

Proses Endogenik Proses Eksogenik


PROSES ENDOGENIK
• Proses yang berpunca daripada dalam bumi
dan mampu membentuk serata mengubah
permukaan bumi
• Tenaga endogenik merupakan tenaga graviti
dan tenaga haba yang menghasilkan pelbagai
fenomena di lapisan permukaan bumi
• Contoh: pergerakan tektonik, lipatan kerak
bumi, gelinciran, gunung berapi dan aktiviti
igneus dan metamorfosisme batuan
1. Proses Gelinciran

• Proses gelinciran merujuk kepada proses kenaikan, kejatuhan dan


perselisihan yang berlaku ke atas kerak bumi ( plat tektonik ).
• Proses gelinciran ke atas kerak bumi telah membentuk pelbagai bentuk
bumi di permukaan bumi seperti pembentukan gunung bongkah, lurah
gelinciran.
• Gunung bongkah berlaku disebabkan oleh oleh proses sesaran/ gelinciran.
• Daya mampatan menyebabkan berlakunya retakan dan rekahan pada
kerak bumi.
• Satu bahagian kerak bumi akan tertolak atau terjulang ke atas dan menjadi
lebih tinggi daripada bahagian kerak bumi yang lain lalu membentuk
gunung bongkah (horst) manakala yang turun ke bawah pula adalah lurah
gelinciran.
• Contoh gunung bongkah: Gunung Hunsruck, vosges dan black forest di
Eropah.
2. Proses Lipatan
• Proses kedutan yang berlaku ke atas kerak
bumi akibat berlakunya pertembungan antara
dua atau beberapa plat yang terdapat di
permukaan bumi khususnya antara plat benua
dengan plat benua- membentuk pelbagai
bentuk bumi di permukaan bumi seperti
pembentukan sistem gunung lipat, lurah
gunung lipat.
3. Pembentukan Gunung Berapi
• Kegiatan igneus sama ada igneus jalar dalam
atau igneus jalar luar yang terhasil akibat
pembekuan magma di dalam atau di
permukaan bumi.
• Pelbagai bentuk muka bumi terbentuk hasil
dari kegiatan igneus tersebut seperti dataran
lava, tasik gunung berapi dan sebagainya.
4. Pembentukan Batuan
• Pembentukan dua jenis batuan iaitu batuan
igneus dan metamorfosis biasanya berkait
rapat dengan tenaga yang berpunca daripada
dalaman bumi.
• Kegiatan igneus dan kuasa mampatan yang
berlaku di dalam kerak bumi telah
membentuk batuan tersebut dan seterusnya
membentuk kerak bumi.
5.Gempa Bumi
• Gempa bumi merujuk kepada proses
pergerakan plat yang berlaku secara tiba-tiba
akibat daripada pembebasan tenaga dalaman
bumi
• Berlaku apabila terdapat aktiviti magma yang
biasa terjadi di kawasan perut bumi
6. Proses Hanyutan Benua
• Hanyutan benua merujuk kepada pergerakan
plat-plat tektonik yang berlaku secara
beransur-ansur dan akhirnya membentuk
benua dan lautan pada hari ini.
• Berlaku penjauhan antara satu sama lain
menghasilkan pecahan benua
• Dinyatakan dalam teori ‘continental drift’ yang
diasaskan Alferd Lather Wegener(1912)
PROSES EKSOGENIK
• Merujuk kepada proses yang berlaku di permukaan bumi
yang berpunca daripada tenaga luaran bumi

• Proses ini mungkin mengubah dan memperkembangkan


bentuk- bentuk muka bumi

• Proses eksogenik yang dihasilkan akan meninggalkan


kesan bentuk muka bumi yang baharu. (Djauhari Noor,
2014).

• Contoh proses eksogenik- hakisan, pergerakan jisim,


pengangkutan dan pemendapan bahan dan luluhawa
1. Hakisan
• Proses penghausan dan pengukiran yang
dialami oleh permukaan bumi akibat tindakan
agen-agen yang bergerak seperti air mengalir,
angin dan ombak.
• suatu proses pemusnahan muka bumi oleh
agen dan mengangkut bersama bahan-bahan
yang telah terhakis. (Ibrahim Komoo, 1987).
• Hakisan geologi
• - Berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil
masa yang lama dan melibatkan keseluruhan
permukaan bumi
• Contoh seperti penghakisan pinggir pantar
membentuk gerbang laut dan sebagainya.

• Hakisan tanih
-Hakisan yang disebabkan oleh manusia
-Menyebabkan gangguan terhadap ekosistem bumi
-Contoh seperti penebangan hutan, aktiviti pertanian
2. Proses pengangkutan dan
pemendapan
• Merupakan suatu proses pemindahan bahan-
bahan terluluhawa dan terhakis ke kawasan yang
lain
• Bahan-bahan akan diangkut oleh agen-agen yang
bergerak seperti air yang mengalir, cairan glasier,
angin dan ombak.
• Proses ini bergantung kepada dua tenaga iaitu
tenaga potensi dan tenaga kinetik
• Apabila halaju agen bergerak perlahan, bahan
yang diangkut akan mengalami proses
pemendapan
3. Proses gerakan jisim
• Secara umumnya, pergerakan jisim disebabkan tarikan
graviti, aliran air hujan atau air dari salji yang mencair.
• Pergerakan jisim bermakna sebarang proses
pergerakan bahan-bahan dicerun sesuatu bukit atau
gunung.
• Pergerakan jisim boleh berlaku secara cepat dan
perlahan
• Bahan-bahan yang terlibat dalam pergerakan ini
merangkumi bahan yang terluluhawa termasuk tanah-
tanih dan serpihan batuan.
• Bahan-bahan ini akan bergerak atau diangkut dari atas
ke bahagian bawah sesuatu lereng bukit atau gunung.
4.Proses Luluhawa
• Mengikut Polynox, luluhawa merupakan satu kumpulan
proses yang melibatkan tindakan balas di antara mineral
dalam bantuan dengan unsur-unsur iklim seperti suhu, air
hujan, fros, angin, tekanan udara dan sebagainya

• Satu proses penyepaian, pereputan dan pemecahan batuan


kepada yang lebih kecil dilapisan kerak bumi.

• Proses luluhawa ini berlaku secara insitu iaitu ia tidak


melibatkan sebarang pemindahan atau pengangkutan hasilan
yang terluluh.
• Proses luluhawa terbahagi kepada 3 iaitu luluhawa kimia,
luluhawa fizikal dan luluhawa biologi
KESIMPULAN
• Proses endogenik membentuk muka bumi
atau landskap fizikal manakala eksogenik lebih
banyak mengubah atau memperkembang
bentuk muka bumi
• Proses endogenik dan eksogenik memberi
kesan dalam skala yang besar terhadap bumi
namun begitu proses ini juga memberi kesan
kepada manusia

Você também pode gostar