Você está na página 1de 38

APLIKASI SASTERA, SENI DAN

KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN


ABAD 21
Oleh :
KAMARULZAMAN BIN ISMAIL
• Antara inisiatif Kementerian dalam Gelombang 1 adalah:
• 👉Meningkatkan standard pengajaran melalui bimbingan guru secara khusus terutamanya dalam mata
pelajaran teras (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains).
• 👉Mereka bentuk semula soalan peperiksaan supaya lebih menjurus kepada soalan kemahiran berfikir aras
tinggi.
• 👉Mengukuhkan kualiti pendidikan STEM melalui pengukuhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan
penggunaan model pembelajaran pelbagai mod (blended learning).
• 👉Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia SJK yang direka bentuk untuk
murid yang bahasa ibundanya bukan bahasa Malaysia.
• 👉Mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris melalui pengujian dan latihan semula guru,
memperluas LINUS, dan menyediakan sokongan pemulihan serta model pembelajaran pelbagai mod
(blended learning).
• 👉Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah untuk mengintegrasi ICT dalam pembelajaran harian.
• 👉Melaksana Program Transformasi Daerah dengan tumpuan kepada sekolah berprestasi rendah termasuk
murid berkeperluan khusus untuk memacu prestasi sekolah.
• 👉Merombak IPG dan latihan praperkhidmatan dan meningkatkan standard kemasukan bagi guru baharu.
• 👉Mewujudkan pembimbing pengetua/guru besar yang berdedikasi untuk sekolah Band 5,6 & 7 dan
mengukuhkan kriteria pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah.
• 👉Mentransformasi Kementerian dengan meletakkan pemimpin terbaik untuk menerajui jawatan penting di
JPN dan PPD bagi meningkatkan prestasi sistem penyampaian.
• 👉Meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah melalui kempen galakan enrolmen, lebih
pelibatan ibu bapa, dan program vokasional yang lebih baik.
• 👉Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui peningkatan kerjasama dengan sektor swasta.
• 👉Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) semakan semula bagi meningkatkan standard kandungan dan
pembelajaran setanding dengan standard antarabangsa.
• 👉Menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM melalui kempen dan kerjasama.
• 👉Merintis pilihan program untuk meningkatkan pendedahan kepada bahasa Inggeris, dan
mengukuhkan penyediaan bahasa tambahan dalam usaha menambah baik penguasaan
kemahiran bahasa secara menyeluruh.
• 👉Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti kumpulan peribumi dan
kumpulan minoriti lain, pintar cerdas, dan berkeperluan khas.
• 👉Memacu inovasi ICT khususnya untuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran terarah
kendiri.
• 👉Meningkatkan bimbingan dan sokongan kepada guru bagi penambahbaikan penyampaian
pengetahuan, kemahiran, dan nilai merentasi semua aspek kurikulum dan kokurikulum.
• 👉Meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi serta memantapkan laluan
kerjaya guru untuk mencergaskan semula profesion keguruan.
• 👉Mengukuhkan bahagian utama Kementerian, menyusun semula peranan Kementerian, JPN dan
PPD untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan pelaksanaan.
• 👉Memperoleh akreditasi antarabangsa dan memantapkan kurikulum program matrikulasi
sebagai persediaan murid ke universiti.
• 👉Memperluas pilihan pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan pembekal
pendidikan vokasional swasta.
• 👉 Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran dalam bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris secara berterusan dan menyediakan lebih banyak pilihan untuk
mempelajari bahasa tambahan.
• 👉Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh negara
untuk meningkatkan standard pembelajaran secara berterusan.
• 👉Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan rakan setugas, iaitu guru dan
pemimpin sekolah saling membimbing, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan
setugas mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard profesional.
• 👉Mempertingkat pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi pelaksanaan kurikulum
dan pengurusan kewangan bagi kebanyakan sekolah yang layak, sekiranya tidak kepada semua
sekolah.
• 👉Memperkasa Kementerian dan menginstitusikan transformasi melalui pengukuhan kemajuan
kerjaya pegawai Kementerian.
• 👉Mengkaji semula penstrukturan sekolah untuk menentukan sekiranya wujud keperluan untuk
mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan.Memikir Cuba fikirkan, apakah impak
pelaksanaan transformasi sistem pendidikan ini kepada :
• Murid
• Guru
• Pemimpin sekolah
• Ibu bapa
PENGERTIAN
(1) APLIKASI
• Menurut Kamus Dewan aplikasi bermaksud penggunaan

(2) SASTERA
• Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera
yang bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu : Su indah, baik,
lebih berfaedah Sastera huruf atau buku (ke) susastera (an) kumpulan
buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.
• Ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa – Hahsim Awang
• Hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai
ciri-cirikeistimewaan yang tertentu –Kamus Dewan
(2) SENI
• Membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi yang
dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan.

(3) KREATIVITI
• Kreativiti ialah menghasilkan sesuatu yang baharu. Kamus Dewan (1993)
memberi maksud kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya
kreatif, kekreatifan.

(4) PENDIDIKAN ABAD 21


• Pendidikan Abad 21 merupakan rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan
generasi abad 21 dan merupakan pendidikan yang mampu memenuhi harapan
dan keperluan pendidikan kini dan masa depan.
• Proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Melalui penerapan
elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta nilai murni dan
etika.
SASTERA – Aplikasi ini sudah lama digunakan
1. CERITA 9. NOVEL
2. PERIBAHASA 10. CERPEN
3. PANTUN 11. DRAMA
4. MANTERA 12. SAJAK
5. TEROMBA
6. GURINDAM
7. SELOKA
8. TEKA-TEKI
SENI
1. Nyanyian 10. Suiseki 19. Kejuteraan
2. Lakonan 11. Seni bela diri 20. Produk & aktiviti
3. Muzik 12. Masakan 21. Arca
4. Lukisan 13. Pertukangan 22. Percetakan
5. Ukiran 14. Komunikasi visual 23. Fotografi
6. Penulisan 15. Tarian 24. Kaligrafi
7. Puisi 16. Teater 25. Khat
8. Origami 17. Animasi
9. Bonsai 18. Multimedia
1. RPH merupakan sebuah skrip yang harus digarap dengan teliti agar
penceritaan di dalam kelas menjadi menarik. Seperti skrip sebuah
karya sastera, RPH juga terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu
pemula, aktiviti utama dan penutup. Semasa menulis RHP kita perlu
memilih aksi atau aktiviti yang sesuai bergantung kepada tahap
pelajar dan pastinya ada cabaran buat pelajar.
2. Sebelum masuk ke kelas pastikan bahan juga dianggap prop
mencukupi bagi setiap pelajar. Bahan-bahan berkenaan mestilah
sesuai dengan tahap umur pelajar dari pelbagai sumber sama ada
bahan secara visual, auditori dan hands-on. Bahan yang dibekalkan
kepada pelajar boleh berbeza bergantung kepada tahap murid.
3. LO dan SC perlu ditulis di papan hitam/putih dengan bahasa yang
mudah difahami oleh pelajar. LO yang ditulis boleh dianggap
sebagai tema dan SC pula boleh dianggap sebagai persoalan.
4. Bilik darjah boleh dianggap sebagai pentas/ruang untuk guru dan
pelajar beraksi. Bilik darjah mesti dalam keadaan selamat, mesra dan
menggalakkan pembelajaran. Hasil kerja murid terkini dan mesti
mempunyai nama sama ada individu atau berkumpulan, bertarikh,
disemak guru, diulas oleh guru dan diberikan penghargaan bebentuk
ulasan.

5. Lontaran dan intonasi suara guru sangat penting agar penyampaian


ilmu menjadi menarik dan berkesan. Selain itu, semasa komunikasi
guru perlu berada diposisi yang betul dan baiknya semasa
berkomunikasi guru berada tetap di sesuatu posisi dan elakkan
bercakap sambil berjalan.
6. Guru juga perlu menggunakan mimik muka yang sesuai berdasarkan
situasi dan Berjaya menguasai penonton dengan sudut pandang yang
sentiasa begerak ke setiap sudut.

7. Kolaboratif ini boleh dianggap sebagai aksi dalam sesuatu cerita dan
setiap watak perlu memainkan peranan masing-masing.

8. Pembentangan pelajar yang menarik sangat penting yang berupaya


mempengaruhi ilmu yang diperoleh.
• Penggunaan alat juga dianggap sebagai kreativiti contohnya
penggunaan alat bantu fikir.

Você também pode gostar