Você está na página 1de 9

AUTOBIOGRAFI SAYA

OLEH:
JAJA
(P95860)
DEMOGRAFI SAYA
 Nama diberi Siti Hajar, dilahirkan di sebuah rumah di kawasan pedalaman
yang diberi nama Kg Sg Burong, Pekan Nenas, Pontian, Johor.
 Dilahirkan pada 30 Oktober 1982 tepat jam 5.50 pagi, pada hari Jumaat
selepas azan subuh berkumandang.
 Dilahirkan oleh seorang ibu yang bersemangat tinggi, berjiwa kental, Puan
Ramlah Bt Md Yusop pada ketika itu berumur 31 tahun.
 Saya adalah anak yang ke 10 daripada 15 adik beradik.
 Kehilangan kasih sayang seorang Ayah pada umur 8 tahun. Abah telah jatuh
sakit dan meninggal dunia pada 42 tahun. Jadi, ibu adalah ayah dan ibu bagi
saya.
 Telah berkahwin dengan kekasih hati yang berkenalan pada umur 18 tahun
dan membina mahligai pada umur 24 tahun pada tahun 2006.
 Dikurniakan 3 orang anak; 1 lelaki, 2 perempuan.
Keluarga saya..sumber kekuatan saya..
Pengalaman Hidup
 Pengalaman hidup miskin kerana kesempitan hidup; hidup berpindah randah kerana arwah
abah tidak meninggalkan sebarang harta untuk isteri dan anak-anaknya.
 Pernah diduga ketika berumur 17 tahun, tahun dimana saya mengambil SPM 1999; saya
telah di langgar dengan lori membawa buah sawit ketika pulang dari sekolah dengan
menaiki basikal. Kecederaan yang agak teruk dan mengakibatkan saya tidak pergi ke
sekolah hampir setahun. Ya dugaan yang amat berat, peperiksaan SPM adalah nyawa
kehidupan ketika zaman saya, tetapi saya tetap mengambil SPM dengan tawakal dan redha
kerana Allah.Saya percaya Allah sentiasa bersama saya….
 Ketika menjawab kertas BM 2, saya menangis teresak-esak di di dalam dewan peperiksaan
kerana saya tidak boleh menulis kerana tangan kanan baru pulih dari patah. Tetapi pihak
pengawas peperiksaan berjaya menenangkan jiwa saya dan saya tetap berusaha untuk
menyiapkan transkrip jawapan SPM saya.
 Berjaya dalam SPM juga dalam pangkat 2, saya tahu tahap saya dan saya bersyukur kerana
saya tidak belajar selama 10 bulan.
Pengalaman hidup

 Pernah di cop seorang yang gagal oleh orang yang dekat dengan saya, tetapi
itulah semangat saya sebenarnya untuk berjaya..
 Hidup saya tiada hentinya untuk belajar benda baru…saya anggap sesaat itu
adalah emas bagi saya…
 Saya seorang yang bercita-cita tinggi dan sentiasa ada angan-angan atau
impian untuk di capai.. Setakat ni..Alhamdulillah..dari 10 angan-angan saya,
saya dah capai 6 daripadanya..
 Mencuba nasib sebagai seorang guru Bahasa Inggeris, kerana dalam SPM saya,
keputusan B.i yang paling menonjol..
 Di hantar pengalaman mengajar di kawasan Port Dickson, Negeri Sembilan
selama 6 bulan dan di kawasan Kulai, Johor selama 3 tahun..
 Saya jadikan pekerjaan guru, sebagai satu pemangkin bagi saya untuk
Berjaya…
 Dan saya bercita-cita agar saya boleh menjadi seorang yang boleh membantu
orang seperti seorang kawan bantu kawan yang susah.
 Saya berusaha agar saya dapat menjadi apa yang saya impikan….
Akademik:
 SPM
 Diploma Pendidikan Malaysia 2004
 Ijazah Pendidikan Bahasa Inggeris (TESL), IPG Batu Pahat
 Sedang melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Bimbingan dan Kaunseling di
UKM, Bangi (2008-2021)
 Harapan dapat membuat PHD sebelum berumur 45 tahun…
Harapan diri

 Masih berangan-angan untuk mencapai impian diri dan anak-anak…


 Semoga Berjaya…

Você também pode gostar