Você está na página 1de 41

JAWATANKUASA BAHAGIAN LATIHAN

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


(Malaysian Red Crescent Society)
CAWANGAN NEGERI PAHANG

STRUKTUR TUBUH
BADAN

AHLI PERSEKUTUAN ANTARABANGSA PERSATUAN-PERSATUAN


PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH
4 SISTEM UTAMA TUBUH BADAN

SISTEM STRUKTUR FUNGSI KAITAN DENGAN


SISTEM TUBUH YANG
LAIN
Sistem Paru – paru, Membekal Bekerjasama dengan
Pernafasan Salur O2 kepada Sistem Kardiovaskular
Pernafasan badan menghantar O2 kepada
melalui sel. Ianya dikawal oleh
pernafasan Sistem Saraf.
Sistem Jantung, Menghantar 1. Bekerjsama
kardio – Darah dan nutrien dan dengan sistem
vaskular Salur Darah O2 ke sel pernafasan
badan dan dengan
mengangkut menghantar O2 ke
bahan sel.
buangan 2. Bekerjasama
dalam rangkaian
sistem
perkumuhan dan
penghadaman
untuk mengangkut
bahan buangan.
3. Menentukan
warna kulit dan
dikawal oleh
sistem saraf.
Sistem Saraf Otak, Saraf Menghantar Mengatur dan
tunjang, Maklumat mengawal sitem
Urat Saraf dalam tubuh
badan melalui
rangkaian saraf.

Sistem Tulang, 1. Memberi rupa 1. Melindungi


Rangka Ligamen, bentuk tubuh organ dan
Otot dan badan. struktur
Urat 2. Melindungi tubuh
organ dan badan.
sgruktur 2. Pergerakan
dalaman. otot yang
3. Memberi dan dikawal
mengawal oleh Sistem
pergerakan, Saraf.
4. Mengeluarkan
darah.
SISTEM PEREDARAN DARAH
(Kardiovaskular)
Sistem peredaran darah adalah salah satu sistem
yang penting di dalam tubuh badan .Sistem ini
mengedarkan darah bermula dari jantung ke
seluruh badan dan masuk ke jantung semula.
Sistem peredaran darah manusia juga dikenali
sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah
mengalir di dalam salur darah yang tertutup.

Fungsi asas peredaran darah ialah


menyampaikan zat – zat makanan dan oksigen
kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan
karbon dioksida dan bahan yang tidak
dikehendaki dari sel. Sistem darah manusia
mempunyai dua jenis peredaran yang terdiri
daripada:

1. Peredaran Pulmonari

2. Peredaran Sistemik
Peredaran pulmonari
Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen
dari jantung melalui arteri pulmonari ke paru-paru
dan balik ke jantung melalui vena pulmonari.
Peredaran sistemik
Peredaran ini membawa darah beroksigen dari
jantung melalui aorta ke semua bahagian badan
dan balik ke jantung.

Struktur anatomi sistem ini terdiri daripda:

1. Jantung

2. Saluran darah

3. Darah
JANTUNG

Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar


rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan tulang
belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke
kiri.
Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri
dan kanan. Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil
Septum. Lapisan jantung pula terdiri daripada tiga
lapisan iaitu:

P = Pericardium (luar)
M = Myocardium (tengah)
I = Endocardium (dalam)

Jantung mempunyai 4 ruangan iaitu:


2 ruangan di atas dikenali sebagai atrium.
2 ruangan di bawah dikenali sebagai ventrikel.
Diantara atrium dan ventrikel terdapat injap yang
mengawal pengaliran darah di dalam jantung.
                                                 

GAMBARAJAH KERATAN RENTAS


JANTUNG
Aliran darah di dalam jantung

1.Venakava membawa darah yang mengandungi


karbon dioksida ke atrium kanan.
2.Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke
ventrikel kanan melalui injap trikuspid (3 kelopak).
3.Penguncupan ventrikel menolak darah melalui injap
pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke
paru-paru.
4.Pertukaran oksigen dan karbon diosida berlaku di
paru-paru.
5.Seterusnya darah mengalir melalui vena pulmonari ke
atrium kiri.
6.Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui
injap mitral / bikuspid (2 kelopak) masuk ke ventrikel kiri
7.Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta
ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan.

Denyutan Jantung
Jantung berdenyut 60 – 80 kali seminit secara
automatik dan kadar denyutan ini boleh bertambah
mengikut keadaan, seperti bersenam.
Struktur dan fungsi salur darah
Terdapat tiga jenis salur darah yang utama:

Arteri
• Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar
dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan.
• Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia
boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan
oleh denyutan jantung.
• Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol.
• Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali
arteri pulmonari.

Vena
• Vena ialah salur darah yang membawa darah kembali
ke jantung dari bahagian – bahagian lain badan.
• Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran
yang lebih besar jika dinbandingkan dengan arteri.
• Darah yang berada dalam vena mengalir pada
tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal
tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan
kurang rintangan terhadap pengaliran darah.
• Vena dilengkapi dengan injap – injap yang
menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah
sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap – injap ini akan
tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam
alirannya.
• Vena yang terkecil sekali dinamakan venul.
• Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali
vena pulmonari.
STRUKTUR SALURAN DARAH

STRUKTUR
ARTERI
(Salurnadi)

STRUKTUR
VENA
(Pembuluh)
Kapilari Darah

1. Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali.


2. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul.
3. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.
4. Dinding-dindingnya yang nipis serta telap
memudahkan resapan bahan-bahan di antara darah
dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.
Perbezaan fungsi arteri dan vena

ARTERI VENA
Membawa darah keluar dari Membawa darah masuk ke
jantung. jantung

Membawa darah yang Membawa darah tidak


beroksigen (kecuali arteri beroksigen (kecuali vena
pulmonari) pulmonari)

Dindingnya tebal dan elastik Dindingnya nipis dan kurang


elastik.

Darah mengalir secara Darah mengalir secara


pantas dengan tekanan perlahan dengan tekanan
yang tinggi. yang rendah.

Darah mengalir secara Darah mengalir secara licin.


berentak

Warna darah merah cerah. Warna darah merah gelap.

Tidak mempunyai injap Mempunyai injap


VEIN CIRCULATION
ARTERY CIRCULATION
Darah

Darah terdiri daripada:


1.Pepejal (sel darah) - 40%
2.Cecair (plasma) - 60%
Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (5 –
6 liter) darah.
Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah
putih dan sel pembekuan (platelet).
Plasma
Plasma adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan
dan mengandungi bahan larut dalam air.Lebih kurang 90%
daripada plasma terdiri daripada air.
Bahan-bahan larut yang terkandung dalam plasma
termasuklah:
1.Garam-garam – bikarbonat, fosfst, klorida dan sulfat bagi
natrium, kalsium dan kalium.
2.Bahan-bahan makanan – glukosa, asid amino dan
lemak.
3.Protin darah – fibrinogen, globulin dan albumin.
4.Bahan-bahan kumuh terutamanya urea.
5.Hormon.
Sel Darah Merah (Eritrosit)
1. Berbentuk ceper dwicekung.
2. Tidak mempunyai nukleus.
3. Mengandungi pigmen hemoglobin yang memberikan
warna merahnya.
4. Saiz dan bentuknya menghasilkan nisbah luas
permukaan terhadap isipadu yang besar dan ini
menambahkan kecekapan sel darah merah bagi
pertukaran oksigen dengan plasma.
5. Sel ini hidup selama lebih kurang 120 hari. Ia
dimusnahkan dalam hati dan digantikan oleh sel-sel
baru dalam sumsum tulang.
Sel Darah Putih (Leukosit)
1. Tidak berwarna dan mempunyai bentuk tidak
sekata.
2. Tiap-tiap leukosit mempunyai nukleus.
3. Sel-sel darah putih dihasilkan dalam sumsum tulang
dan kelenjar limfa dan hidup selama lebih kurang 30
jam .
4. Terdapat berbagai jenis sel darah putih yang
berlainan dari segi rupa dan fungsi.
5. Ia memainkan peranan yang penting dalam
pertahanan badan terhadap serangan bakteria.
Sel Pembeku Darah (Platelet)
Sel-sel ini terbentuk dari luluhan sel-sel lain, iaitu
trombosit merupakan serpihan-serpihan sitoplasma yang
sangat kecil. Sel-sel ini tidak mempunyai nukleus. Ia
memainkan peranan penting dalam pembekuan darah.sel
ini hidup selama lebih kurang 10 hari.
Fungsi darah
1. Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel
dan tisu badan.
2. Melawan jangkitan kuman.
3. Membawa bahan buangan atau kumuhan.
4. Membawa hormon – hormon.
5. Membawa enzim – enzim.
6. Memberi warna kepada kulit.
7. Mengawal suhu badan.
Human Red Blood Cells, Platelets and
T-lymphocyte

1. Erythrocytes = red
2. Platelets = yellow
3. T-lymphocyte = light green

(SEM x 9,900).
Blood Clot Formation (blood cells, platelets,
fibrin clot)

(SEM x10,980).
SISTEM PERNAFASAN
Sistem pengambilan oksigen (O2) dari udara dan
penyingkiran karbon dioksida (CO2) dan wap air.
Sistem pernafasan mengandungi 4 komponen iaitu:
1. Laluan Udara (Airway) mulai dari hidung / mulut ke
paru-paru.

Laluan Udara Atas Laluan Udara Bawah


Hidung dan Mulut Trakea
Tekak (faring) Bronkus
Kotak Suara (laring) Bronkiol
Alveolus

2. Paru-Paru (Pulmonari) – sepasang organ yang terletak di


ruang toreks dan dilindungi oleh sangkar rusuk,otot-otot
interkosta,tulang vertebra dan tulang sternum.

Paru-paru berbentuk kon – 3 segmen di kanan dan 2 segmen


di kiri yang memenuhi rongga dada.

Paru-paru diselaputi oleh selaput yang dipanggil pleura. Di


dalamnya terdapat berjuta-juta alveolus yang disaluti kapilari
di mana berlakunya pertukaran gas.
3. Pusat Pergerakan Pernafasan dan Otot
(neuromuscular Apparatus) – tulang-tulang rusuk,
tulang strenum, diafragma dan otot-otot dada
(Intercostal muscles).Satu bahagian di otak yang
mengawal dan menggerakkan tulang-tulang rusuk, otot-
otot interkostal dan diafragma semasa
mengembangkan / menguncupkan ruang rongga dada
untuk pernafasan

4. Saluran Darah (vessels) – Vena, arteri, kapilari.


Arteri pulmonari membawa darah yang tidak beroksigen
dari jantung ke paru-paru.
Jaringan kapilari membuat pertukaran oksigen dan
karbon dioksida dengan alveolus.
Vena pulmonari membawa darah beroksigen dari paru-
paru ke jantung.

Laluan pernafasan
Udara masuk melalui hidung dan mulut melalui faring dan
laring ke trakea
Trakea membahagi kepada dua cabang, bronkus kanan
dan kiri, sebelum memasuki paru-paru.
Di dalam paru-paru, setiap bronkus membahagi untuk
membentuk banyak saluran tang dipanggil bronkiol.
Bronkiol membahagi lagi dan berakhir di dalam
sekumpulan pundi udara yang berdinding nipis dipanggil
alveolus.
Purata pernafasan seseorang antara 12 hingga 20 kali
seminit dan memerlukan 800ml udara bergantung kepada
3 gerakan iaitu:
a) Tarik nafas (inspiration)
b) Hembus nafas (expiration)
c) Rehat (pause)
Mekanisma pernafasan berlaku secara automatik.
Ianya berterusan tanpa memerlukan apa-apa usaha
atau bantuan. Menarik dan menghembus nafas berlaku
dengan kombinasi antara otot-otot dada, diafragma dan
tulang rusuk yang bertindak membesarkan dan
mengecilkan Rongga Dada untuk membolehkan udara
masuk (inspiration) dan keluar (expiration) pada paru-
paru..

Tujuan pernafasan adalah untuk membekalkan


oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan CO2
dari darah keluar tubuh badan. Komposisi udara
yang masuk melalui pernafasan adalah seperti
berikut:
a) 78% Nitrogen
b) 21% Oksigen
c) 1% Lain-lain gas
Daripada 21% oksigen yang masuk ke dalam paru-paru,
hanya 5% sahaja akan diambil untuk kegunaan tubuh
badan manakala baki 16 % lagi akan dihembuskan keluar
bersama CO2. dan hasil buangan yang lain (wap air).

Pernafasan terdiri daripada 3 fasa iaitu:

1. Menarik nafas (inspiration)


Semasa menarik nafas otot tulang rusuk (intercostal) akan
mengecut.
Sangkar rusuk akan bergerak ke atas dan dada akan
bergerak ke hadapan menyebabkan sangkar rusuk
mengembang.
Diafragma akan mengecut dan meleper.
Tekanan di dalam sangkar rusuk akan menjadi rendah
menyebabkan udara masuk ke paru-paru.

2. Menghembus nafas (expiration)


Semasa menghembus nafas otot tulang rusuk (intercostal)
akan berehat.
Sangkar rusuk akan turun dan dada akan bergerak ke
dalam menyebabkan sangkar rusuk mengecil.
Diafragma akan berehat dan melengkung ke atas.
Tekanan di dalam sangkar rusuk akan menjadi tinggi
menyebabkan udara keluar dari paru-paru.

3. Rehat (pause)
Peringkat ini adalah peringkat berehat sebentar diantara
menarik
. dan menghembus nafas
GAMBARAJAH MEKANISME
PERNAFASAN

Menarik nafas Menghembus nafas


GAMBARAJAH SISTEM PERNAFASAN

A. Rongga hidung
B. Faring
C. Laring
D. Trakea
E. Alveolus
F. Bronkiol
G. Diafragma
SISTEM SARAF

Sistem saraf adalah suatu sistem


yang sangat kompleks dan sangat
halus dalam keseluruhan sistem
badan. Ianya terdiri daripada otak,
saraf tunjang dan urat saraf.Sistem
ini berfungsi untuk menghantar
isyarat – isyarat dari otak ke tubuh
badan dan sebaliknya.
Otak

Otak terdapat di dalam kepala kita. Otak dilindungi oleh


3 lapisan kepala iaitu:

a) D = Durameter
b) A = Arachnoid
c) P = Piameter

Otak adalah pusat kepada sistem saraf dan organ paling


penting dalam tubuh badan. Ia mengawal semua sistem
dalam badan supaya teratur termasuk sistem
pernafasan dan kardiovaskular.
Antara fungsi otak:
1. Mengawal pancaindera dan perasaan.
2. Menghantar dan menerima pesanan
3. Saraf penggerak
4. Mengawal pergerakkan iaitu otak kiri
mengawal pergerakkan anggota badan
sebelah kanan dan otak kanan mengawal
pergerakkan sebelah kiri.
OTAK MANUSIA

Skull

Brain
Cerebrospinal
fluid

Cerebrum

Meninges

Brain stem

Cerebellum

Spinal cord Vertebrae


GAMBARAJAH SISTEM SARAF
SISTEM RANGKA
Definisi

Rangka tubuh badan ialah rangkaian tulang yang


memberi ketegapan dan rupa susuk badan.

Fungsi
1. Membentuk rupa dan ketegapan
2. Melindungi organ-organ
3. Membolehkan badan berdiri tegak
4. Tempat bergantung (attachment) otot-otot dan
urat-urat badan
5. Menghasilkan sel-sel darah
6. Membantu pergerakkan
Komposisi tulang

Terdapat 206 tulang yang terbentuk daripada garam


galian seperti berikut:
1.Kalsium (Ca) 4. Natrium (Na) / Sodium
2.Phosphorus (P) 5. Kalsium (K)
3.Ferum (Fe) / iron 6. Iodin (I)

Tulang boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:


a) Tulang panjang Contoh : femur
b) Tulang Pendek Contoh : falanges
c) Tulang Leper Contoh :pelvis
d) Tulang tidak tentu bentuk Contoh :vetebra

Ianya kemudian dipecahkan kepada 4 komponen iaitu:


a) Kepala - Tengkorak
b) Torek - dada, tulang belakang
c)Tulang atas - Tulang klavikel, skapula,
radius, ulna dan metakarpus
d)Tulang bawah - Pelvis, femur, patela, tibia,
fibula dan metatarsus
Anggota Atas 64 Selangka - 2
Dayung (scapula) - 2
Humerus - 2
Radius/Ulna - 4
Karpus (pgn tgn) - 16
Metacarpus (tpk) - 10
Jari (phalenges) - 28
64

Anggota Bawah 62 Innominate (hip) - 2


Femur (paha) - 2
Patela (lutut) - 2
Tibia (kering) - 2
Fibula (betis) - 2
Tarsus (pgn kaki) - 14
Metatarsus (tpk) - 10
Phalenges - 28

62

Jumlah 206
PECAHAN TULANG
JENIS TULANG BILANGAN PECAHAN

Kepala 8 Frontal - 1
Parietal - 2
Occipital - 1
Temporal - 2
Ethnoid - 1
Spienoid - 1
8

Muka 14 Maxilla - 2
Mandible - 1
Malar - 2
Nasal - 2
Vomen - 1
Turbinate - 2
Cacrimal - 2
Palatal - 2
14

Sternum 1

Rusuk 24 Betul - 7 psg


Palsu - 3 psg
Terapung - 2 psg
12 psg

Tulang belakang 33 Cervikal - 7


Thorasik - 12
Lumbar - 5
Sakrum - 5
Koksiks - 4
33
TENGKORAK
TULANG BELAKANG
(33 Ruas)
7 - Serviks
12 - Toreks
5 - Lumbar
5 - Sakrum
4 - Koksiks
(rawan tulang terdapat di antara vertabra, servikal, toraks
dan lumbar)

TULANG RUSUK
(12 Pasang)
1–7 Tulang rusuk benar
(bersambung terus ke sternum)

8 – 10 Tulang rusuk bercantum

11 – 12 Tulang rusuk tergantung


Tulang Belakang ( Vertebra )

Atlas

Serviks

Toreks

Lumbar

Sakrum

Koksik
ANGGOTA ATAS
•Tulang klavikel
•Tulang Lengan Atas (Humerus)
•Tulang Lengan Bawah (Radius/Ulna)
•Tulang Tangan - 8 - Karpus
5 - Metakarpus
14 - Jari

ANGGOTA BAWAH

•Tulang Femur
•Tulang Patela
•Tulang Tibia dan Fibula
•Tulang Kaki - 7 - Tarsus
5 - Metatarsus
14 - Jari
GAMBARAJAH RANGKA MANUSIA

Tengkorak
Tulang leher
Klavikel
Skapula
Humerus
Sternum
Pelvis Rusuk

Lumbar
Radius
Ulna

Karpus

Metakarpus

Femur
Falanges Patela

Tibia
Fibula

Tarsus

Metatarsus

Você também pode gostar