Você está na página 1de 17

Prepared by: En Saifulbahari MR

Pendahuluan
Reka bentuk geometri jalan merujuk kepada reka bentuk dimensi-

dimensi tampak (visible) jalan-jalan dan lebuh raya. Tujuan utama ialah untuk menyediakan pergerakan trafik yang selamat, cekap dan ekonomik. Pereka bentuk mestilah mengambilkira kesan-kesan sosial dan alam sekeliling yang boleh berlaku disebabkan pembinaan kemudahankemudahan. Faktor yang utama yang memberi kesan kepada reka bentuk geometri ialah tabiat pemandu dan prestasi lalu lintas. Rujukan utama ialah `A Policy on Geometric Designs of Highways and Streets' yang diterbitkan oleh American Association of State Highway and Transportation Officials (AASHTO).

Rujukan di Malaysia ialah :


Piawai reka bentuk JKR yang terhimpun dalam Arahan Teknik (Jalan) 8/86 A Guide on Geometric Design of Roads terbitan Cawangan Jalan , Ibu Pejabat JKR.

Piawai reka bentuk LLM yang terkandung dalam Inter Urban Toll Expressway System of Malaysia (ITESM) design standards terbitan Ibu Pejabat LLM KL.

Tujuan piawaian:
1
keseragaman rekabentuk selaras dengan jangkaan serta keperluan prestasinya. Menjamin pergerakan lalulintas yang mantap, selamat dan lancar. Membuat keputusan ketika rekabentuk

Kaitan antara jenis jalan dan ciri rekabentuk


Falsafah rekabentuk: Fungsi, ekonomi, keselamatan, keselesaan dan estetik.
Hierarki jalan dan lebuhraya: kaitan dengan kawalan masuk. Kawalan masuk: R2, R1 dan R1a: tiada kawalan masuk, R5, R4, R3: kawalam masuk separa, R6: kawalan masuk penuh. Rupa bumi: berasaskan kecerunan rupa bumi, iaitu datar (cerun 0-3%), beralun/guling (cerun 3% - 25%), dan berbukit (cerun >25%). Laju rekabentuk: magnitud kelajuan untuk tujuan r/b dan mengaitkan sifat fizikal lebuhraya dan mempengaruhi operasi kenderaan. Merupakan kelajuan maksimum berterusan kenderaan, selamat di bawah kekangan unsur-unsur goemetri jalan. Nilai rekabentuk (jadual 4.4).

Jarak Penglihatan:
1

Jarak penglihatan berhenti Jarak penglihatan memotong Jarak penglihatan keputusan

Jarak penglihatan
Jarak penglihatan ialah jarak berterusan di sepanjang jalan yang dapat

dilihat dengan jelas oleh pemandu secara berterusan. Jarak penglihatan berhenti: jarak untuk memberhentikan kenderaan dengan tidak melanggar objek gangguan tak terduga di atas jalan yang basah. Mata pemandu 0.92m, objek 0.15m, bergerak/pegun. Jarak penglihatan berhenti rupa bumi datar: masa tanggapan (1.5s), masa tindakbalas (1s), masa membrek. (lihat tafsiran) d = jarak masa tanggapan/tindakbalas + jarak membrek. d = 0.28tV + (V2 /254f)

di mana

t ialah masa tanggapan tindakbalas (2.5 saat) V ialah laju reka bentuk dalam km/j f ialah pekali geseran

Contoh kiraan

Jarak Penglihatan Memotong


Jarak Penglihatan Memotong - Jarak terpendek yang

perlu disediakan bagi kenderaan yang bergerak pada laju reka bentuk untuk memotong kenderaan yang lebih perlahan dengan selamat tanpa mengganggu kenderaan dari hadapan yang sedang bergerak pada laju reka bentuk. Kedua-dua jarak di atas diberikan di dalam Arahan Teknik. jadual 4.7, 4.8, 4.9 Jika nilai reka bentuk penglihatan memotong tidak dipenuhi, maka tanda "dilarang memotong" hendaklah disediakan. Piawaian JKR menyarankan supaya peratus seksyen jalan raya yang kedapatan jarak penglihatan yang melebihi jarak memotong minimum adalah 60% bagi jalan datar, 40% bagi jalan beralun, dan 20% bagi jalan berbukit

Jarak Penglihatan Keputusan


Jarak Penglihatan Keputusan - Jarak ini perlu

disediakan di kawasan persilangan yang kompleks untuk memberi masa kepada pemandu membuat keputusan memilih arah pergerakannya. Nilai ini diberikan dalam A policy on geometric design of highways and streets. Rujuk jadual 4.10

REKABENTUK PENJAJARAN DATAR


Secara idealnya jarak di antara dua tempat mungkin

dihubungkan dengan garis lurus. Namun begitu hal ini tidak mungkin dapat dilaksanakan kerana keadaan mukabumi yang tidak mengizinkan. Selain dari itu jalan lurus juga boleh meningkatkan potensi kemalangan. Piawaian LLM menyarankan supaya panjang lurus hendak lah tidak melebihi 2 minit perjalanan pada laju reka bentuk. Penjajaran datar: profil datar lebuhraya. Tiga komponen: jalan lurus (tangen), lengkung bulat, lengkung peralihan.

Jalan Lurus
Jalan Lurus: secara ideal, pemandu menhendaki jalan lurus lagi datar. Walaupun demikian terdapat beberapa keburukan jika konsep ini diamalkan: sukar disesuaikan dengan keadaan topografi semulajadi, kos dan kerjatanah yang banyak. faktor kemanusiaan: menjemukan dan melesukan pemandu silauan lampu depan kenderaan mengganggu pemandu pada waktu malam, melesukan. kesukaran menganggarkan laju kenderaan lawan di jalan lurus, merbahaya semasa memotong. Pemandu cenderung memandu dengan laju, data 1985 menunjukkan 59.95% kemalangan berlaku di jalan lurus. Nilai rekabentuk di Jerman: L = 20V, L = panjang maksimum,m V = laju rekabentuk, km/j eg. Bagi V = 120 km/j, L=20x120= 2.4 km. Piawai LLM: maks memandu 2 min pada laju rekabentuk, jika V = 120 km/j, pjg maks = 4 km.

Lengkung Bulat
1

Lengkung bulat mudah

Lengkung bulat majmuk

Lengkung putus balik


3

Lengkung balikan

Rekabentuk Lengkung Bulat Mudah


Reka bentuk lengkung bulat dibuatkan dengan

mengehadkan jejarinya supaya dapat: 1. Menyerap daya emparan dengan bantuan geseran sisi dan sendengan. 2. Menyediakan jarak penglihatan yang mencukupi

Daya Empar

Daya emparan P ialah daya tindakbalas luar yang dialami oleh jasad ketika bergerak dengan deras melalui selekoh berjejari R. di mana Jisim, m = berat jasad/pecutan graviti = Wv2/gR

P = jisim x pecutan memusat,

R = v2/gf , v = kelajuan kenderaan (m/s), g = pecutan graviti (m/s2) f = pekali geseran sisi v2/gR = e + f atau V2/127R = e + f

v = laju rekabentuk (m/s), V = laju rekabentuk (km/j), g = pecutan graviti, 9.81 m/s2 f = pekali geseran sisi e = sendengan

Pada permukaan lebuhraya datar, daya emparan diimbangi oleh daya geseran sisi sahaja. Untuk menambahkan kadar rintangan daya emparan, selekoh lebuhraya disendengkan.

Sendengan
Di dalam ATJ 8/86, kadar sendengan maks lebuhraya

ialah 10%, di dalam ITESM pula ialah 7%. Cth: Jika kadar sendengan 10% untuk lebuhraya luar bandar, V bersamaan 120 km/j dan f bersamaan 0.009, maka
R = V2/127 (e + f) = 1202/ (0.1+0.009) = 570 m

Jarak Penglihatan
Jarak penglihatan biasanya dihadkan oleh bangunan, tembok penahan

dll. Dalam kedua-dua kes, mata pemandu dan objek gangguan tak terduga berada pada pertengahan lorong sebelah dalam. a. S < L, M = R [ 1 Cos (28.65S/R) ]
Panjang Lengkung, L

C
M

A P

R S R R

B R

Você também pode gostar