Você está na página 1de 12

Nur Ain Thaevakumari Nur Hafizah Hisham

PENDEKATAN INDUKTIF
Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumatmaklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contohcontoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.

KHUSUS

UMUM

PENDEKATAN DEDUKTIF
Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang dikhususkan. Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui. Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang komprehensif dan pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus.

UMUM

KHUSUS

PENDEKATAN INTEGRATIF
Pendekatan ini menggabungjalinkan beberapa pendekatan, kaedah, strategi dan teknik supaya murid-murid lebih memahami apa yang sedang disampai
PENDEKATAN

Digunakan untuk mewujudkan kesinambungan antara satu unit pengajaran dengan unit pengajaran yang lain Mengintegrasi idea-idea baru dalam unit-unit pengajaran sedia ada Pembelajaran menjadi lebih berkesan dan murid berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian

KAEDAH

STRATEGI

TEKNIK

Pendidikan Major di Sekolah Rendah


Di Malaysia, pendidikan rendah dijalankan di sekolah-sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan dan juga sekolah swasta. Antara kemahiran yang diajar di peringkat ini ialah asas-asas membaca, menulis dan mengira. Di peringkat pendidikan rendah,pelbagai mata pelajaran didedahkan kepada murid-murid untuk menggabungkan unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya juga merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan yang seimbang.

BIDANG

MATA PELAJARAN FASA 1

MATA PELAJARAN FASA 2 BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS BAHASA CINA BAHASA TAMIL MATEMATIK

KOMUNIKASI

BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS BAHASA CINA BAHASA TAMIL MATEMATIK

MANUSIA DAN PERSEKITARAN

PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL SAINS

PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL SAINS KAJIAN TEMPATAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KENEGARAAN

PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU

PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN SENI PJPK

PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN SENI PJPK

Walaupun terdapat banyak matapelajaran yang diajar di peringkat sekolah rendah, beberapa mata pelajaran major diberi penekanan oleh guru-guru seperti mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ,Matematik dan Sains untuk murid-murid tahap 1 dan 2. Keempat-empat mata pelajaran major ini juga diuji dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah untuk muridmurid Tahun Enam.

PENDEKATAN INDUKTIF DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU


Guru mengajar konsep baru dalam mata pelajaran bahasa Melayu Guru menunjukkan gambar kucing, pokok, meja,ibu dan sebagainya.

CONTOH PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN DALAM MATA PELAJARAN MAJOR DI SEKOLAH RENDAH

Berdasarkan jawapan murid-murid mengenai apa yang mereka lihat dalam gambar tersebut, guru perkenalkan pengajaran pada hari tersebut iaitu kata nama am.
Kemudian, murid-murid memberi contoh pelbagai jenis kata nama am yang boleh mereka perhatikan dalam persekitaran masing-masing.

PENDEKATAN DEDUKTIF DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK


Guru memulakan sesi pengajaran dengan menjelaskan konsep bentuk

Kemudian, guru membincangkan ciri-ciri bentuk 3 dimensi (3D) Murid diminta memberi contoh-contoh bentuk 3D berserta ciri-cirinya - bilangan sisi, bucu dan permukaan

PENDEKATAN INTEGRATIF DALAM MATA PELAJARAN SAINS


Guru mengajar tentang konsep binatang kepada kelas. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan mengikut kumpulan binatang dan meminta mereka menyenaraikan pelbagai contoh binatang. Murid dikehendaki mengenalpasti ciri-ciri binatang dalam kumpulan binatang tersebut Guru meminta semua kumpulan untuk membentangkan ciri-ciri binatang dalam 5 kumpulan (mamalia, amphibia, ikan, reptilia dan burung).

Você também pode gostar