Você está na página 1de 22

Gambang Beduk

Muyu

Gedombak

Pengenalan Dibuat daripada perunggu berbentuk bulat, tepinya melengkong ke bawah, berongga di dalam dan cembul di tengah-tengah bahagian permukaannya. Fungsi Digunakan dalam kumpulan joget gamelan di Pahang dan Terengganu. Cara Bermain Digantung dan dipalu dengan pemalu yang berbalut.

Pengenalan Gong kecil diperbuat dari perunggu berbentuk periok. Berbusut di tengahtengah permukanya. Fungsi : Digunakan dalam muzik tradisional Minangkabau yang terdapat di Negeri Sembilan dan Perak bagi kegunaan iringan Pencak Silat, Tarian Piring, Tarian Lilin, Tarian Inai (Terinai),Mengarak pengantin, Randai dan Pelbagai lagu tempatan Cara Bermain : Gong-gong diatur berbaris melintang diatas Para panjang dan dipalu pada busutnya dengan sepasang pemalu oleh

Pengenalan Batang-batang buluh yang tidak sama ukuran, setiap satu mempunyai pic tertentu. Batang?batang buluh ini terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan bukunya pada satu hujong lain. 2 - 3 batang dipasang pada satu bingkai khas yang membolehkannya bergerak bila bingkai ini digoncang. Fungsi: Digunakan untuk muzik berkumpulan untuk mengiringi tarian seperti kuda kepang di Johor. Cara Bermain: Bingkai dipegang dengan kedua-dua belah tangan dan digoncang untuk mengeluarkan bunyi.

Pengenalan Alat zailofon dari kepingan logam dibuat berbusut di tengah tiap-tiap kepingan. Sebanyak 9 kepingan dipasang pada kotak gema. Fungsi : Kebiasaannya digunakan untuk muzik hiburan. Cara Bermain : Kepingan logam ini dipukul dengan pemalu kayu.

Pengenalan Genderang berbelah dibuat dari kayu membulat dalam bentuk ikan. Diukir indah dipermukaan luar. Tangkainya pada satu hujung. Fungsi : Digunakan dalam ensembel muzik menora, Wayang Godek, Wayang Jawa dan dalam gamelan di Batu Pahat. Cara Bermain : Diletak atas bantal dan dipalu pada bahagian luar dengan pemalu kayu.

Pengenalan Saron barung berukuran kecil sedikit dari saron demung dan besar sedikit dari sarun peking. Sejenis alat zailofon yang mengandungi enam kepingan logam yang diletakkan di atas dengungan kayu. Kepingan logam ini dipakukan di atas kotak secara longgar dan dijarakkan sedikit untuk membolehkan getaran yang maksimum. Kepingan yang lebih kecil dan lebih tebal bernada lebih tinggi. Fungsi : Kebiasaanya dimainkan dalam pertunjukan gamelanTerengganu, Pahang dan Jawa. Cara Bermain : Alat ini dimainkan oleh seorang pemain dengan sepasang pengetuk kayu. Saron barung ini memainkan melodi

Pengenalan : Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam. Fungsi : Alat ini popular di kalangan kaum Kenyah dan Kelabit di Sarawak. Cara Bermain : Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan

Pengenalan Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak. Fungsi : Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor. Cara Bermain :

Pengenalan Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Fungsi : Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan. Cara Bermain : Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-

Pengenalan Sejenis gendang yang berpasangan (ibu dan anak). Diperbuat dari kayu nangka yang berongga dan kedua-dua permukaan dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Hanya satu permukaan sahaja yang digunakan. Sebelah lagi digunakan setelah permukaan satu lagi rosak. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang dijadikan kaki. Fungsi : Digunakan untuk tujuan persembahan wayang kulit, majlis keagamaan dan istiadat di kampungkampung. Cara Bermain : Dipalu dengan pemalu kayu pada satu permukaan sahaja.

Pengenalan : Sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang. Ianya dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian. Fungsi : Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengarak pengantin, atau pembesar negara atau disatu majlis rasmi. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau Cara Bermain : Alat ini dimainkan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari.

Pengenalan Gedombak didapati dalam dua ukuran besar; ibu dan anak. Badannya dibuat dari kayu nangka yang berongga. Permukaannya dipasang dengan belulang kambing dengan siratan tali rotan pada cincin besi yang berhampiran dengan lehernya. Fungsi : Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora. Cara Bermain : Gedombak diletak melintang di atas riba pemain dan dipikul dengan sebelah

Pengenalan Alat tiupan dibuat daripada buluh. Berbagai panjangnya dan berbagai pula jumlah lubang memetiknya. Fungsi : Digunakan untuk memainkan muzik hiburan. Cara Bermain : Ditiup pada pangkal. Seruling dipegang tegak pada mulut peniup. Bibir bawah diletak pada permukaan atas seruling dan angin ditiupkan melalui lubang kecil pada pangkal bahagian atas.

Pengenalan Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. FungsiAlat : Dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Cara Bermain : Pemain boleh meniup atau menyedut

Você também pode gostar