Você está na página 1de 22

MINIT

MESYUARA 22 FEBRUARI

T AGUNG 2020
PIBG KALI
KE- 47
MINIT MESYUARAT AGUNG

PIBG KALI KE- 47

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sek. Keb. Convent Pulau Tikus Kali ke-47 telah diadakan
pada 22 Februari 2020 , Sabtu, jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Terbuka SKCPT .
Seramai 73 orang ibu bapa dan 32 orang guru telah menghadiri mesyuarat ini.

BIL NAMA IBU BAPA BIL NAMA IBU BAPA


1 NURINA BINTI MOHD EUSOFF 38 NORFAEZAH BT SENI MOHAMED
2 ZAHARAH BINTI OTHMAN 39 SYED SAIFUL ZAMAN
3 AN EFENDI 40 TENGKU BADLI BIN TENGKU MANSUR
4 NORLIDIAWATI BINTI NIZAMUDDIN 41 NURFARHANI BT MAT YUSUF
5 MOHD ZUL HILMI BIN AHMAD 42 ZAWIYAH BINTI ISMAIL
6 NORIZA BINTI ABU YAZID 43 M. PRIYA
7 MOHD FAUZI BIN ADAM 44 NOORSHARMILA
8 NURASZREEN BINTI NOORDIN 45 FREDA ANAK BACHIK
9 ASMAHANI BT MOHAMED@YUSUFF 46 KOGILAHVAANI A/P ARUMUGAM
10 ANIS NADIAH BINTI AZILAN 47 MAHADI BIN ABU BAKAR
11 HAMIDAH BINTI ABDULLAH 48 ROBIAH BT SHAFIE
12 MOHAMMAD RASLANI 49 K. DHARMESWARY
13 NOR AKMAL BT NASERUDIN 50 IKA NUR ADILA BINTI MOHD ZULKIFLE
14 KHAIRUL ANWAR BIN SHARIF 51 FIRDAUS BINTI YAHAYA
15 NORAZILA BINTI ZAINI 52 K. KANMANI
16 NAZULIZAN BIN HASHIM 53 M.R. GOYTNI
17 SITI ROHAIDA BINTI LAWI 54 MUHAMAD TARMIZI BIN RUSLIM
18 SITI FATIMAH BINTI ISMAIL 55 NORHISYAM BIN ABDUL HALIM
19 MASTURA BIN MUSLIM 56 SUATHA A/P SHANMUGAM
20 M. PRIYA 57 JAYANTHI A/P DORESAMY
21 HALIMAH BINTI LAZIM 58 NOOR LYANA BT HASNAN
22 SITI ZUBAIDAH BT CHE KOB 59 ZUNAIRAH BINTI ABDUL LATIFF
23 MOHD HAFIFI BIN KODIN 60 KAREN ONG BEE ANG
24 NOOR AZIMAH BT NOOR AZENAN 61 THEVEEKA A/P GURUSAMY
25 NORHAFISHAH BT BAKAR 62 SITI HAFIZAH BINTI OTHMAN
26 IBRAHIM TAHIR BIN ANWAR 63 SURINA BINTI ABDUL MAJID
27 ADELEEN NOOR BINTI MUSTAZA 64 NURASZREEN BINTI NOORDIN
28 MOHAMMAD RIZAL BIN YAACOB 65 THOMAS LIM KOK WAH
29 MOHD ISMAIL BIN MOHD ISHAK 66 KRISHNAVENY A/P NAGAMUTHU
30 NIK BT NAS 67 HEAH CHEW HOON
31 NOOR AMIRAH BT MOHD KASSIM 68 CHEW MOI CHI
32 AINI FADHILAH BT RAZALI 69 IRIS TAN
33 NANDINI A/P KANNA 70 ROSELIND LOKE
34 SUHAIMI BIN BAHARUDDIN 71 MOHD SHAMSER BIN RAMLE
35 NORHAYATI BT ABDULLAH 72 MOHAMAD FITRI HAIKAL BIN MOHD ISMAIL
36 MOHD AZLAN 73 MOHD AZRA FITRI BIN AZMI
2
37 AKMAL BIN ABDUL HAMID

BIL NAMA GURU BIL NAMA GURU


1 PN. NORUL HUDA BT MOHD YUNUS 18 PN. ZAWIYAH BINTI ISMAIL
2 PN. ROSLINDA BINTI NAYAN 19 PN. RAFIDAH AZIAH BT IDRIS
3 PN. SURINA BT ABDUL MAJID 20 PN. SAROJINI RAMACHANDRUN
4 PN. TAN YOKE KEOW 21 PN. NORMAZIRA BT MOHD ZAIN
5 PN. KENANGA BINTI ABDUL RAHIM 22 PN. NOR FATIN BINTI MD SAID
6 EN. MAZHA BIN MUSTAFAR 23 EN. MOHD FAHMI BIN ZAINOL@MUSTAPHA
7 EN. AHMAD FAIZUL B ZAKARIA 24 CIK DEEVIYA NAMBBIAR A/P PRABHAKARAN
8 PN. CHEE LEE HWA 25 PN KOGILAHVAANI A/P ARUMUGAM
9 PN. WAN HASLIRA BINTI WAN HASSAN 26 EN. MOHAMMED RAZIN BIN AMEER SAJAHAN
10 PN. SINAWATI BINTI ZIAN 27 PN. NADIA ADILAH BINTI ABDUL HADI
11 CIK WAN NOR HAFIZA BT WAN DAUD 28 PN. SITI RAKIAH BINTI MAT ISA
12 PN. AINI FADHILAH BT RAZALI 29 EN. PREM SAI A/L BALAKRISHNAN
13 CIK SAIDATUL NADZRAH BT SHUID 30 PN. NURUL MUNIRAH BINTI MOHAMMAD ZAL
14 PN. SITI SYAFIQAH BINTI SALAHUDIN 31 EN. KOGILAN A/L CHITRAN
15 PN. NORIZA BT ABU YAZID
16 PN. SHAMINI BAI A/P HARIRAO
17 PN. ONG SIAW CHIN

3
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
SK. CONVENT PULAU TIKUS.

1. Ucapan Penasihat

1.1 Guru besar selaku penasihat PIBG mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan
guru-guru serta mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa
untuk hadir ke Mesyuarat Agung kali ini.

1.2 Beliau menyatakan bahawa kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung kali ke-47
ini menunjukkan komitmen yang tinggi daripada pihak ibu bapa. Beliau juga
meminta kerjasama para ibu bapa untuk hadir ke semua program sekolah.

1.3 Guru besar juga menerangkan bahawa mesyuarat agung PIBG merupakan satu
program yang penting. Beliau menyatakan juga bahawa pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan 6 KPI utama bagi program sarana
sekolah yang. Antaranya ialah Hari Orientasi Tahun 1, Hari penetapan target
bagi tahun 6, Hari sukan, Hari anugerah, Hari pelaporan dan Mesyuarat
Agung PIBG. Beliau juga menyatakan bahawa kehadiran ibu bapa ke semua
program ini perlu dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan perlu di
isi dalam sistem ‘online’ e-sarana. Beliau berharap bahawa pada tahun ini
dapat mencapai KPI yang telah ditetapkan dalam semua program sekolah.

1.4 Beliau juga memohon agar para ibu bapa cuba meluangkan masa bagi
menghadiri ke program- program sekolah demi kebaikan anak- anak mereka.
Guru besar juga menyatakan bahawa satu transformasi harus dilakukan untuk
meningkatkan kehadiran ibu bapa ke mesyuarat agung PIBG. Beliau mengalu-
alukan pemandangan atau idea yang positif untuk meningkatkan kehadiran ibu
bapa ke program sekolah, dan boleh dikemukakan secara peribadi kepada
beliau atau boleh memasukkan cadangan dalam peti cadangan yang disediakan
di hadapan pejabat sekolah.

1.5 Beliau mengesyorkan sekiranya terdapat sebarang masalah, para AJK dan
juga para ibu bapa boleh berjumpa dengan pihak pentadbiran sekolah supaya
dapat menyelesaikannya .

1.6 Guru besar juga memberitahu AJK Pemuafakatan Ibu Bapa dan Komuniti
(PIBK), ataupun yang lebih dikenali sebagai Kumpulan Sokongan ibu Bapa
(KSIB) harus diwujudkan pada tahun ini seperti tahun lepas. Para ibu bapa
juga boleh membantu pihak sekolah melalui jawatankuasa PIBK/KSIB. Beliau

4
juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBK sesi 2019
yang telah banyak menolong sekolah dalam semua aspek.

1.7 Guru Besar memaklumkan ibubapa mengenai Pelaporan Pentaksiran Sekolah


Rendah yang terdiri daripada 4 komponen yang perlu ibubapa dan waris ambil
tahu, iaitu:
a. Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
b. Nilam
c. SEGAK
d. UPSR

1.8 Guru Besar juga memaklumkan mengenai pemansuhan Peperiksaan Tahap 1


yang akan diganti dengan Pentaksiran Bilik Darjah untuk semua subjek. Cara
penilaian adalah melalui kaedah projek mudah, bercerita, permainan, main
peranan dan kuiz. Ibubapa boleh rujuk kepada guru kelas untuk mengetahui
tahap anak – anak.

1.9 Guru Besar mengucapkan tahniah atas pencapaian UPSR 2019 dan terima
kasih kepada semua warga CPT di atas komitmen yang telah diberi. Beliau
berharap para ibu bapa akan terus memberi komitmen bagi mengekalkan
prestasi akademik sekolah.

1.10 SKCPT juga telah mencapai kejayaan bagi tahun 2018 dalam bidang – bidang
berikut:
a. Kokurikulum
b. Kelab Doktor Muda
c. Online Essay
d. Digital Story Telling
e. Bola Jaring
f. Bola Baling

1.11 Guru Besar menyatakan bahawa komitmen ibu bapa di rumah amatlah penting
untuk memastikan anak-anak hadir ke sekolah setiap hari. Kehadiran murid ke
sekolah perlu diisi dalam sistem ’online’ setiap hari sebelum pukul 9.00 pagi.
Surat kepada waris akan dihantar secara berdaftar sekiranya murid tidak
hadir ke sekolah tiga hari berturut-turut tanpa sebarang sebab.

5
1.12 Guru Besar menyenaraikan aktiviti- aktiviti yang akan dijalankan pada tahun
2020 dan memohon sumbangan tenaga kerja dan dana daripada para ibu bapa.

1.13 Berkaitan PIBG 2018/2019, YDP PIBG telah meletak jawtan dan jawatan
tersebut dipikul oleh NYDP. Guru besar mengucapkan terima kasih kepada
NYDP dan semua AJK PIBG 2018/2019 atas sumbangan tenaga dan masa
demi kemenjadian murid.

1.14 Guru besar berharap para ibu bapa untuk memberi komitmen kepada pihak
sekolah demi kecemerlangan anak- anak. Akhir kata, guru besar mengucapkan
ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk
hadir pada hari ini.
Tindakan : Makluman

2. Ucapan YDP PIBG

2.1 YDP mengalukan kehadiran para hadirin dan mengucapkan terima kasih
kepada Guru besar, barisan PK, barisan guru-guru, dan semua AJK PIBG sesi
2018/2019 yang turut bersama menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan yang
ke-46. Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para ibu
bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat.

2.2 Yang Dipertua PIBG menyatakan bahawa kerjasama para ibu bapa amatlah
diperlukan bagi menyumbang idea, sumbangan atau apa-apa sahaja untuk
kebaikan anak-anak di sekolah ini.

2.3 YDP juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Puan guru besar
keatas komitmen beliau yang tinggi dalam membangunkan sekolah. Beliau juga
mengucapkan terima kasih kepada para guru CPT keatas komitmen mereka
dalam meningkatkan bidang akademik dan kokurikulum.

2.4 YDP mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG dan AJK PIBK /KSIB sesi
2019/2020 keatas sumbangan dan bantuan. Beliau berpesan kepada para ibu
bapa untuk membantu pihak sekolah bagi menjalankan program- program
sekolah.

6
Tindakan :Makluman

7
3. Pengesahan minit mesyuarat

3.1 Pencadang : Pn. Adeleen Noor Binti Mustaza


3.2 Penyokong : Pn Nandini A/P Kanna

Tindakan : Setiausaha

4. Perbincangan perkara-perkara berbangkit

Tiada

5. Pembentangan dan penerimaan Penyata Kewangan Tahun 2018

5.1 Puan Siti Syafiqah binti Salahudin selaku pemangku tugas bendahari

membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 31/12/2019

5.1.1 Pencadang : Pn . Jayanti a/p Doresamy

5.1.2 Penyokong : Korporal Azrul

Tindakan : Bendahari

6. Pembentangan Usul

6.1 Nama Ibu bapa/waris : Puan Halimah binti Lazim

Cucu : Nur Alya Alisha dan Nursonia Eisya Luffiy

Kelas : 2K

Usul :Wujudkan “Whatsapp Group” antara Guru kelas dan ibubapa/waris.

Respon : Guru besar menjelaskan bahawa ianya tidak sesuai kerana boleh
menyebabkan salah faham. Ibu bapa digalakkan bersemuka dengan
guru sekiranya ada apa – apa permasalahan. Buku komunikasi murid
juga boleh dijadikan medium penyampaian maklumat

8
6.2 Nama Ibu bapa : Pn . Jayanti a/p Doresamy

Anak : Kalpanavathi Puspanathan

Kelas : 6K

Usul : Mohon jadual Kelas Tambahan Tahun 6 diberi awal


Respon : Guru Besar memaklumkan bahawa Jadual Kelas Tambahan
tersebut telah diberikan kepada waris semasa Program Jaya
Waris.

Usul : Perabot sekolah perlu diperiksa sebelum sesi persekolahan dibuka


Respon : Guru Besar memaklumkan bahawa gotong – royong telah dibuat
dan semua perabot sekolah telah diperiksa. Aduan bagi segala
kerosakan juga telah dihantar ke PPD untuk tindakan selanjutnya.

Usul : Wujudkan Tabung Kelas RM 1.00 sebulan/setiap murid untuk


mendidik murid menabung.

Respon : Keputusan telah dibuat dalam Mesyuarat Agung dan dipersetujui


sebulat suara.

6.3 Nama Ibu bapa : Mohd Faizul Nizam Bin Razali

Anak : Nurfatihah Aniera Bt Mohd Faizul Nizam

Kelas :2K

Usul : Tambah kelas tambahan bagi murid tahun 1 hingga tahun 5 .

Respon : Guru besar memberitahu bahawa kelas tambahan tersebut tidak


dapat diwujudkan atas sebab kekangan tenaga pengajar dan
kewangan.

9
6.4 Nama Ibu bapa : Zaidi bin Zainuddin

Anak : Nur Zahraa Zenia binti Zaidi

Kelas : 2K

Usul : Mohon bantuan RELA untuk kawal laulintas sekolah.

Respon : Guru besar memberitahu bahawa perkhidmatan RELA perlu


dibayar dan pihak sekolah tidak mempunyai sumber kewangan untuk
menampung kos tersebut.

7. Hal-hal lain

7.1 Guru besar akan mengadakan pertandingan kelas tercantik hasil kerjasama
guru kelas dan ibubapa/waris. Diharap ibubapa/waris dapat beri kerjasama
bagi menjayakan program ini.

7.2 Guru besar menjelaskan bahawa tender syarikat keselamatan telah ditukar.
Pengawal yang sedia ada dikekalkan cum waktu bekerja telah berubah
kepoada 3 syif iaitu 7am-3pm (2 pengawal wanita), 3pm – 11pm (1 pengawal
lelaki) dan 11pm – 7am (1 pengawal lelaki). Ibubapa diharap dapat mengambil
anak tepat pada waktunya dan sekiranya anak datang ke sekolah awal pagi sila
minta anak duduk di kantin sekolah. Setakat ini uniform dan kelengkapan
keselamatan masih belum dibekalkan kepada pengawal bertugas dan akan
dibekalkan dalam masa terdekat.

7.3 Puan Halimah binti Lazim mencadangkan supaya sumbangan PIBG


berjumlah RM50 sekeluarga dan disokong oleh Dr Ibrahim Tahir bin Dato’
N. Anwar. Cadangan tersebut diterima sebulat suara oleh semua hadirin
majlis.

7.4 Cikgu Deeviya mencadangkan penggunaan buku aktiviti Bahasa Inggeris bagi
tahun 1,2&3 untuk kegunaan Tahun 2019 & Tahun 2020. Ibubapa diminta
membeli buku aktiviti berkenaan yang berharga RM 6.50. Cadangan Cikgu
Deeviya diterima sebulat suara.

10
8. Pembubaran AJK PIBG 2019/2020 dan pelantikan AJK PIBG Sesi 2020/ 2021.

8.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG sesi 2019/2020 dan
mengumumkan pembubaran AJK PIBG Sesi 2020/2021.

8.2 AJK PIBG Sesi 2020 / 2021 :


Pengerusi PIBG : En. Thomas Lim Kok Wah
Pencadang : Dr Ibrahim Tahir bin Dato’ Dr. N. Anwar
Penyokong : En. Encik Mohd Azhar Bin Sharif Hussain

8.3 Naib Pengerusi : Dr. Ibrahim Tahir bin Dato’ Dr. N. Anwar
Pencadang : En. Thomas Lim Kok Wah
Penyokong : Pn . Tan Yoke Keow

8.4 AJK Ibu bapa

Encik Mohd Azhar Bin Sharif Hussain


Pencadang : Rafidah Aziah Binti Idris
Penyokong : Encik Haniff Bin Abdul Hamid

Dr Prashant Narhari
Pencadang : Nandhini A/P Kanna
Penyokong : Encik Haniff Bin Abdul Hamid

Encik Hanif Bin Abdul Hamid


Pencadang : Pn. Anis Nadiah binti Azilan
Penyokong : Kenanga Binti Abdul Rahim

Pn. Anis Nadiah binti Azilan


Pencadang : Pn. Rafidah Aziah binti Idris
Penyokong : Sokongan sebulat suara

En. Muhammad Fuad Bin Haji Rosli


Pencadang : En. Mohammad Rizal Bin Yaacob
Penyokong : Sokongan sebulat suara

8.5 Juruaudit : Pn. Nandini a/p Kanna


Pencadang : En. Mohammed Razin bin Ameer Sajahan
Penyokong : Sokongan sebulat suara

11
8.6 Pemilihan dan cadangan bagi setiausaha , bendahari , AJK guru dan juruaudit
telah ditentukan oleh pihak sekolah.
Setiausaha : En. Prem Sai a/l Balakrishnan
Bendahari : Puan Nurul Munirah Binti Mohammad Zal
AJK Guru : Pn Ong Siaw Chin
: Pn Rafidah Aziah Binti Idris
En Mazha Bin Mustafar
Pn Vimala a/p Sabaratnam
Juruaudit : Encik Ahmad Faizul B Zakaria (Guru)

Tindakan : Setiausaha

9. Ucapan Pengerusi PIBG Sesi 2020 / 2021

9.1 Yang Dipertua mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru
yang mencadang dan menyokong pemilihan beliau sebagai YDP. Beliau
menyatakan bahawa amanah yang disandarkan pada bahu beliau akan
dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan berharap semua AJK, para ibu bapa
dan guru-guru akan bekerjasama untuk memajukan sekolah.

10. Ucapan Penangguhan

10.1 Guru besar berharap para ibu bapa dapat memberikan sokongan dan akan
berganding bahu dengan pihak sekolah untuk kebaikan murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________________ ________________________
(PREM SAI A/L BALAKRISHNAN) (THOMAS LIM KOK WAH )
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
Sesi 2020/2021 Sesi 2020/2021
SK. Convent Pulau Tikus SK. Convent Pulau Tikus

12
Lampiran

13
Buku program

14
Senarai
kehadiran

15
Prasekolah

16
Tahun 1

17
Tahun 2

18
Tahun 3

19
Tahun 4

20
Tahun 5

21
Tahun 6

22

Você também pode gostar